e

Friday, January 29, 2016

Sarapan Pagi Dengan Menu Ibu Bersalin


Assalamualaikum readers.

Hari ni nak bercerita tentang menu sarapan. Asalnya, malam tadi Zam membakar daging ayam di dalam ketuhar dengan perapan lada hitam dan lada sulah untuk makan malam. Tapi sebab terlalu mengantuk, Zam abaikan makan malam, dan simpan saja ayam tersebut untuk sarapan pagi hari ini.

Jadi, nak lengkapkan karbohidrat dengan protein tu, Zam beli Mee Kolok tanpa sup dekat gerai pagi tadi. Enjoy makan sarapan macam ni, sebab yang penting ia mengenyangkan dan menyihatkan.

Btw, kenapa Zam katakan Menu Ibu Bersalin?

Ha.. Mungkin ramai yang tahu, biasanya ibu yang telah selamat melahirkan anak, mereka akan dihidangkan makanan yang dimasak dengan lada hitam. Ia dikatakan dapat memanaskan dalaman badan seseorang itu. Setakat tu saja info yang Zam dapat. Apapun, menu macam ni sangat sesuai untuk mereka yang sukakan makanan pedas ;)

3 comments:

  1. Sesekali makan menu orang bersalin memang best...panas badan sikit...lagipun menu orang bersalin adalah menu sihat kan?

    ReplyDelete
  2. betul tu..lagipun nampak menu diet disitu...

    ReplyDelete