e

Tuesday, February 2, 2016

Nak Cuba Rayani Air Dari Kuala Lumpur Ke Kuching


Assalamualaikum readers.

Dah lama Rayani Air ni menjadi cerita hangat di alam maya, apatah lagi bila ia menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep patuh syariah, tetapi Zam belum berkesempatan mencuba perkhidmatan sistem penerbangan terbaru di Malaysia ini. Kebetulan, Zam mencari tiket untuk pulang dari Kuala Lumpur ke Kuching selepas Tahun Baru Cina ini, jadi Zam tergerak hati nak mencari tiket di rayaniair.com.

Pilihan tiket yang ada, lebih murah berbanding Air Asia bagi masa dan tarikh yang Zam inginkan. Jadi, Zam ambil keputusan untuk membelinya. Harga tiket sedikit murah berbanding Air Asia, tetapi Rayani Air menawarkan elaun bagasi percuma sebanyak 20 kg. Pembelian tiket online dengan menggunakan direct banking atau kad kredit juga tidak dikenakan sebarang cas tambahan.

Walaupun Zam seorang pelanggan tegar AirAsia, tapi ada masanya disebabkan bermain dengan bajet, Zam perlu mencari tiket yang paling murah bagi tarikh dan masa penerbangan yang sesuai dengam kehendak Zam.

1 comment: