e

Monday, February 22, 2016

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Kali ke 8~ Jangan Ketinggalan Menyaksikannya!

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya Kali ke 8


Assalamualaikum readers.

Buat kali ke 8, Perbadanan Putrajaya bakal melangsungkan Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa pada tahun ini selama 3 hari, bermula 11 Mac 2016 (Jumaat) hingga 13 Mac 2016 (Ahad). Pada anda yang berkelapangan, bolehlah memeriahkan lagi pesta ini, bersama anak-anak kerana pada waktu itu, Cuti Sekolah Pertengahan Penggal Pertama baru sahaja bermula (rujuk di sini).

Pesta tersebut akan diadakan di Monumen Alaf Baru, Precint 2, Putrajaya.

Buat mereka yang belum pernah berkesempatan menyaksikan pesta ini secara lebih dekat, sedikit info berguna dikongsikan kepada anda:

  • Belon-belon ini akan diterbangkan 2 kali sehari sepanjang tempoh pesta, iaitu pada pukul 7 pagi dan 6 petang. 

  • Selain dapat melihat lebih 20 belon udara panas beraneka rupa & warna dilayangkan, pengunjung juga dapat merasai sendiri pengalaman menaiki belon tersebut. Untuk tiket, boleh layari di sini.

  • Untuk merasai kemeriahan pesta sambil memiliki kelebihan esklusif dan berkelah dalam kawasan khas, pengunjung boleh memilih untuk berada dalam Zon Merah Jambu dan untuk menempah tiket tersebut, anda boleh layari pautan ini.
  • Untuk merasai keistimewaan yang lebih menarik, seperti mempunyai akses untuk berada dekat dengan kawasan perlepasan belon tersebut, anda boleh memilih pakej Zon Biru di sini.

Berikut adalah peta lokasi, dan senarai aktiviti yang berbeza mengikut tiga zon yang berbeza sepanjang pesta ini berlangsung.




1 comment: