e

Sunday, June 19, 2016

Benda Yang Tak Boleh Dipercayai Semasa Ramadhan

Assalamualaikum readers..

Lama Zam tak menulis.. Kan? Biasalah, sibuk dengan kehidupan selepas pulang dari kerja. Waktu kerja di sekolah, memang Zam cuba elakkan menulis blog, sebab ada bidang tugas yang perlu Zam utamakan.

Kembali kepada topik: Benda Yang Paling Tak Dipercayai Semasa Ramadhan.. Apa yang terbayang dan terlintas di fikiran anda ek

Sebenarnya, Zam nak cakap pasal juadah kuih muih yang dijual semasa bulan Ramadhan. Kenapa ek? Apa kaitannya dengan tajuk?

Ada sekali ni bila Zam ke gerai yang menjual kuih, Zam perhatikan je satu persatu kuih yang dijual. Ada diantara kuih tu, Zam pandang dengan perasaan curiga.. 

"Agak-agak, sedap tak kuih tu ek? 

Karipap ni lak, agak-agak intinya penuh tak? 

Buah Melaka tu, ada inti gula melaka ke tak?

Kuih Cara Manis ni, penjual ni letak gula ke tak? Ke kosong?

Haa.. Macam tu lah lintasan hati Zam. Bukan apa.. Tentu readers pun pernah ada yang terkena kan.. Zam tak kata semua, tapi sebab pernah terkena, Zam jadi curiga.. Nanti dah beli, menyesal pula sebab kuih tu tak seperti yang diharapkan. Haha

Jadi sebelum dapat dosa mencela kuih dan penjualnya, baik berhati-hati memilih.. Sekarang ni, selalu juga isu ni keluar.. Selain dari isu kuih mahal dan sebagainya..

Tapi kalau dah tak leh elak, nak buat macam mana kan..

Kredit: Intai-Intai Dapur

Selalu terkena dengan kuih ni.. Mencik betul tau.. Beli-beli tak manis pun.. Baik buat sendiri.. Nak resepi leh intai SINI.



5 comments:

  1. Mmg selalu tertipu kalau ke bazar Ramadhan...nak buat mcmana kdg2 tuntutan masa bekerja tu terpaksa juga lah jelajah ke situ..tp sebolehnya akak cuba beli dr gerai2 yg ownernya kita dah biasa & kenal..InshaaAllah terjamin kebersihan & rasanya :)

    ReplyDelete
  2. bila lapar tu....semua makanan nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. Selalu tertipu dengan rupa paras kuih yang nampak cute dan gebu gebas. Sekali bila makan, inti sikitlah, ini tak cukup, itu tak cukup. Huhu. Diari Mommy Muhaimin

    ReplyDelete