Assalamualaikum & salam sejahtera.
Pastinya ramai penjawat awam yang tertanya-tanya dan menantikan perkhabaran ini sejak akhir-akhir ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, para penjawat awam bakal menerima bantuan khas Aidilfitri dan jumlah yang dimaksudkan ialah RM500 untuk Gred 1 hingga Gred 54, dan RM250 untuk para pesara.
Semoga bantuan khas kewangan yang dihulurkan ini dapat meringankan perbelanjaan yang perlu ditanggung sempena membuat persiapan Aidilfitri.