Aku di rumah saja pg ini. Dlm kul 11, kawan ku Edziani dtg ke rumah, mengajak keluar minum2 di luar. Kami ke sebuah restoran mamak di Serdang. Aku memesan roti pisang dan milo peng, sementara Ed memilih roti kosong ngan teh o panas. Kami berborak. Ed buka topik tentang filem Yes Man lakonan Jim Carrey yg di tontoninya.
Perkara PENTING yg aku belajar dr sinopsis cerita ini spt yg diberitahu Ed ialah,
Jika kita berasa tidak mahu lagi berada dlm kehidupan sekarang yg tidak berubah & membosankan, cubalah hidup dengan cara yg baru dan menyeronokkan. Bagaimana?
Caranya ialah dengan mengatakan 'Yes' atau Ya untuk menyahut setiap peluang baru yg dtg pd kita. Contoh- Jika dtg seorang teman mengajak kita mengikut nya bermain bowling tetapi kita tolak pelawaannya krn tidak tahu bermain. APA YG KITA DAPAT? Tiada apa2. Sebaliknya, cuba kita katakan YA pd pelawaannya, sekurang2nya kita mendapat pengalaman baru bermain bowling dan bergembira dgn rakan2. Betul tak? Masa kita akn dipenuhi dgn aktiviti2 yg berfaedah dan kita tidak akan mengsia2 kan usia kita. Aku betul2 spt tersedar dr tidur aku pd waktu itu.
Bila Ed pulang, aku ke kedai buku Uniprint, membeli Diari baru. Aku biasa membeli alat tulis dan komik Doraemon disini ketika kecil dulu. Kemudian aku ke kedai runcit Ban Soon, mencari pembersih muka Safi. 1st time beli ni. . dulu pakai Felisa utk hilangkan jerawat, skrg nak cube yg biasa2 je, skdr utk bersihkan muka dr kotoran. Harap serasi dgn kulit. Tahun baru ni, rasa nak buat penampilan lain sikit..
ntah lah tiba2 semangat nak buat penampilan baru tu melonjak2 balik.. kalau boleh nak kuruskan sikit badan, & cerahkan sikit kulit yg kusam ni h a h a kali terakhir aku semangat camni tahun 2005.. time tu tak sentuh nasi 2 bulan, makan supliment De Ayu utk pulihkan parut jerawat kat muka (Thanks to Kak Azizah, Anggun Beuty @ Pertama Kompleks) & buat exercise dgn Ab Pro King. Mmg menjadi lah. Masuk sem baru kat maktab ramai yg tegur aku nampak lain. H e h e hrp2 berjayalah.
Tiba2 aku teringat kat lilin resdung yg aku beli kat Anjung Putra Jaya dulu. Aku blum lilinkan muka aku lg. Ingat nak mta tolong abah lilinkan. Tp ptg tu, aku duduk depan cermin dan buat sendiri. Aduyai peritnya hidung pedihnya mata bila asap tu masuk uhuk uhuk berair mata aku tahan pedih n perit tp akhirnya berjaya gak habiskan 3 btg lilin.
Petang, Amirul balik ke Serdang dr Putra Jaya. Mlm tu jelah aku nak tengok Amirul & Amirah puas2 sblm balik ke Sarawak esok. Aku dah sedih dah time tu. Mood pun boring je. Nasib baik Amirul nak bermalam di Serdang. Aku tersenyum balik. Bolehlah gurau2 dgn dia puas2 mlm ni.
31.12.2008 Rabu
Pagi, aku keluarkan kolam yg dibeli di TESCO Kota Bharu bersama Along dulu. Seronok tengok Amirul bermain air. Tergelak aku tengok gelagatnya. Stlh kurasa agak lama dia bermain, aku ajak dia masuk kerumah utk menonton Cicak Man. Ketika aku tergelak melihat aksi Cicakman, Amirul ikut gelak sambil memandang ke arah aku. Tengah hari, dia ikut sekali menghantar ku sehingga ke LCCT bersama Ibu, Ayah & juga adik perempuanku. Dlm perjalanan, banyak kali aku minta Amirul sayang (cium) pipi aku. H e h e seronok dgn kelakuan dia tu.
Sewaktu kami sampai di bangunan terminal, tiba2 Amirul bersuara stlh tdiam sbntr "Amirul nak ikot boleh?". Aku tak sangka pertanyaan itu keluar juga dr mulutnya. H u h u apa aku nak jawap? Serba salah aku waktu tu. Dua kali ditanya nya. Skjp aku kata boleh, skjp kata tak boleh. Ayah aku jawap, Amirul kene masuk beg Ayah Ngah lah mcm tu. Mak aku pula jawap, tak ada tiket Amirul. Di LCCT, ketika kereta ayahku bergerak meninggalkan aku, Amirul melambai dan melihat ke arah aku dgn senyuman. Lama gak, sblm dia memandang ke depan semula. Hu hu ni yg buat aku sedih ni ;'/
mama lak cite Erin Brockovich(?)dari cite benar tu mmg inspired ma tau..
ReplyDeleteigt nak tulih la pasal cite tu tapi kemalasan melanda, huhu...
tgk la nanti kalo rajin2 ma akan beritahu apa yg menarik minat ma, tu pun kalo rajin la, huahuahua