e

Friday, February 20, 2009

JaWa Ap@??

Petang selepas sesi sekolah tamat, guru2 PPSMI masih ada kelas SAL. Macam biasa ada guru yg belanja makan lagi. Menu kali ini Laksa Sarawak. Jadi petang tu dalam hujan lebat aku ikut Kak Artis & Kak Ros ke Restoran 8.8 di Satok untuk ambil laksa yg ditempah semalam.

Sampai kat sana, kami diberitahu yg laksa tu masih belum disediakan lg. Hah?? Patutlah diorang blur je bila aku tanya pasal tempahan smlm. Okehlah, kitorang tunggu.. sbb dah janji nak mkn laksa kan.

Sambil tunggu tu Kak Artis pesan 3 Layer Tea.. My favourite tp rasenye kureng sikit.. Sedap lagi yg aku minum di JJ & Simply Sedap dulu. Hmm belasah je lah.. Abg waiter tu sempat tunjuk lagi bahan yg diorang gunakan utk buat air tu




"Macam botol kicap je bang?"

Balik ke sekolah, kami makan dulu laksa tu sebelum mulakan kelas SAL.. Perrgghh!!



Laksa Sarawak Special.. 5rgt

Bau kuahnya buatkan aku kecur air liur. Belum pun sempat aku makan, tiba- tiba Mazlina menjerit

"Aaaaaa~!!"

Terkejut kami di buatnya. Aku tengok Mazlina yg sedang membelek2 laksanya.. Suspen..

"Ada TAUGEEEE~ Tak sokeerrr~"

Ya Allah~

Aku ingat apalah tadi.. Ingatkan ada lipas mati ke ape ke

Hampess!

"Jawa apa kau ni? Tak makan tauge??" Marah Kak Artis

Ha kan dah kena :P

Jadi dengan baik hatinya

aku pun ambil tauge tauge tu dr Mazlina ;P


Habis kelas, aku sempat amik kerongsang2 ni dari Kak Artis. Sebelum ni aku cuma tolong jualkan je, tp hari ni aku sendiri yg beli, utk family aku.. Geram nengok patern & kaler nye, cantik sangat..



Aku balik tumpang kereta Kak Artis hari ni, kebetulan dia nak jumpa kawannya di Matang dekat dgn kawasan perumahan aku. Tp sebelum tu kami singgah dulu kedai kristal amik beberapa contoh gelang.



Selain ini ada lagi contoh lain yg aku ambil gambarnya. Semuanya dah di tepek di blog Budak Kristal

No comments:

Post a Comment