
Kebetulan masa kat bilik komputer tadi, Ma (my mother) telefon, minta tolong book kan tiket ke Sabah utk 3 orang. Mmg ada zero fair, & pergi balik dapatlah harga rm181, termasuk bayaran untuk bagasi (10ringgit pergi balik).
Aku masuk kelas lepas tu.. Habis kelas, masuk bilik guru aku terdengar cerita Cikgu Maoh beli tiket MAS rm160 utk ke KL bln 3 ni. Hmm.. tetiba rasa nak cari gak tiket untuk balik akhir tahun nanti.. sebelum ni pun, aku slalu beli tiket awal2, sbb nak dapatkan tiket murah.
Aku cek malaysia airlines, murah jugaklah rm354 return. Cek air asia, rm268.. mulanya, aku terpengaruh gak dgn sebilangan kawan2 aku yg lebih sukakan Mas berbanding air asia, yelah bila harga tiket tak jauh beza, mesti diorang pilih Mas sbb ada makan & perkhidmatannya lebih baik..
Tapi aku rasa nak berjimat..
Aku tengok balik airasia.. eh eh td tak perasan pulak ada zero fair utk one way flight Kuching-Kl.. harga return jd rm189..
That's it!
Muktamad! Aku amik airasia.. sblm ni plg murah aku dpt beli return pun rm278.. syukur sangat
Hari ni gak Cikgu Sa belanja kami Mee Goreng Mamak.. Tak tahulah apa hajat dia.. Appn Thanks :)
Habis sekolah, aku tak balik awal mcm biasa, ada kelas SAL lepas ni utk guru2.
Sblm kelas mula, aku buka laman web airasia lg.. Tadi, ntah mcm mn tiba2 terlintas kat hati nak g Sabah sekali dgn family. Aku amik flight dr Kuching ke KK sama tarikh dgn flight mereka.. return cuma bayar rm60 utk administration fee & airport tax, okeh le tu.. tiket bas pun tak murah mcm tu :)
Balik dr sekolah, singgah kat 1 travel agency ni dulu, tetapkan tarikh utk open ticket Mas yg aku dapat dulu untuk balik bulan 6 nti. Aku agak dah, mesti ada perbezaan harga tiket yg aku kene bayar, cuma nasib baik Mas tak kenekan fuel charge mcm sblm ni.. Tambah tolak, aku kene bayar 180ringgit.. aik.. dok main harga tu jee dr td.. tak apelah, bayar je lah.. Nak amik tiket air asia, aku tengok dah jd mahal untuk bulan 6 ni.
Selesai sudah urusan tiket aku utk tahun ni.
Raya Aidilfitri nanti, insya Allah guna waran kerajaan. Jimat belanje :)
Keluar je dr travel agency tu, aku dah mula mencongak itu ini
Mana nak cekau duit byr kad kredit yg aku guna hari ni..
Hmm..
Teringat kat bayaran bulanan asb maybank loan.. Start Febuari, aku dah tak perlu bayar bulanan lg, sbb dividen tahun lepas dah aku guna untuk cover kesemua bayaran utk tahun ni. Jadi bolehlah guna duit tu.
Alhamdulillah, selesai masalah :)
kalo ikut kan hati mmg tiket airasia lebih murah but kita jangan mudah tertipu tiket depan mata wah gempak bile time nk beli je hmmm....anda akan dibebankan dengan caj-caj yg x masuk akal,+-/x=rase mcm kena tipu plak...sampai kt lcct mcm2 tol diorg kenakan dr chckin ctr sampailah makan minum dlm kapal better naik mas sekali bayar terus sampai walaupun beza setakat rm 80 @ rm 100 tp 2 x masuk caj kad kredit lg kalo naik airasia that y skrg ni ramai orang bankrap
ReplyDeleteSalam :)
ReplyDeleteMemang betul
Dulu sampai skrg mmg ramai tak puas hati dgn air asia
Tak ada kebajikan langsung terutama utk golongan berkeluarga dan orang tua
Ade je yg dirasakan tak logik pd bayaran yg dikenakan bg setiap perkhidmatan.
Charge bagasi yg mahal.
Peraturan yg berat sebelah.
Macam2 lg
Tapi
Buat masa ni, yg utama bg Zam,
"penjimatan"
Zam perlu pulang 3 kali setahun menziarahi keluarga d smnjg.
Dgn tiket murah, banyak membantu Zam menguruskan kewangan.
Tak apalah,
Kalau ada sesiapa merasakn lebih selesa utk membayar lebih (80 @ 100rgt @ lebih) utk mdptkan perkhidmatan yg berkualiti, silakan
Bg Zam, selagi dpt menggunakan khidmat termurah dan dlm masa yg sama kita bijak mengelak dr dikenakan charge yg tak munasabah,itu dah memadai.
Untuk mengelak kan masalah dr berlaku lg (sbb masa 1st time guna air asia dah terkena) Zam akan elakan menggunakan perkhidmatan tambahan.
Perkara ni bergantung pd setiap individu sebenarnya
Marah mmg marah
tp adakalanya pandai2lah kita menyelesaikannya sendiri
"Pandai2lah nak hidup"-kata kawan Zam :)
So, tepuk dada, tanyalah selera ('',)
Teringat Zam mula2 guna airasia dulu
ReplyDeleteHangin satu badan!!
Smpai skrg, ade je yg yg Zam tak puas hati
Banyak betul charge perkhidmatan lainnya yg tak logik
Insya Allah, akan ada lah yg membangkitkan isu ini
"Customer always right", tul tak? :)
Tp buat masa ni, pandai2lah Zam nak hidup :P