
Alhamdulillah.. pasti ramai yang lega dan gembira dengan keputusan SPM baru2 ini.. Syukur, usaha & jerih perih pelajar, guru2 & ibu bapa selama ini membuahkan hasil yang baik. Apa yang lebih menggembirakan dan mengharukan, Pelajar Terbaik pada tahun ini berasal dari sebuah keluarga nelayan di Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan. Nik Nur Madihah, pelajar Maahad Muhammadi (P) yang meraih pencapaian 20A termasuk 1A2, membuktikan kemiskinan bukan penghalang untuk dirinya berjaya.
.

.
.
Aku juga tumpang gembira. Ini adalah tahun kedua berturut2 calon Pelajar Terbaik SPM datangnya dari Sekolah Agama. Pelajar Terbaik SPM 2007 ialah Azali Azlan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan, Kedah yang memperolehi 21A termasuk 1A2.
.
Ketika melihat gambar di muka depan Berita Harian semalam, sangkaan awalku pasti Nik Madihah berasal dari Terengganu, kerana kebiasaannya sebelum ini, negeri tersebut seringkali mencatatkan antara jumlah teramai pencapaian pelajar2 yg cemerlang dalam peperiksaan.
.
Ada sesuatu yg menarik perhatian aku disini untuk difikirkan. Apakah ramuan & resepi kejayaan murid2 & pelajar di sana, terutama yang datangnya dari kawasan luar bandar? Rakan ku Kak Artis juga sering meminta soalan percubaan yang dikeluarkan oleh JPN Terengganu dari rakan2nya.
.
Apa yang menarik, macam2 spekulasi dibuat. Ada yang mengaitkan dengan faktor pemakanan mereka, dimana diet seperti ikan yang mengandungi omega 3 banyak membantu perkembangan minda.
.
Ada juga yang berseloroh, anak2 di bandar kerjanya selepas pulang dari sekolah melepak saja di shoping2 complex, manakala anak2 di kawasan luar bandar yang tiada kemudahan seperti itu, akan duduk saja di rumah mentelaah pelajaran.
.
Itu mungkin antara beberapa faktor yang membantu. Pendapatku, apa yang total ialah USAHA.DOA.TAWAKAL.
Bagi aku yang pernah menjalani praktikal selama 2 bulan di SK Kubang Ikan di Chendering, Terengganu, pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah memang kurasakan berlainan dari apa yg penah ku alami sewaktu bersekolah dulu. Apa yang pasti, unsur2 spritual (keagamaan) sentiasa seiringan dengan usaha pelajar, guru2 & ibu bapa dalam memastikan kejayaan bersama. Ia lebih dari sekadar solat hajat ketika peperiksaan hampir menjelang tiba yang dilakukan mereka.
.
Apapun, harapan aku disini, lebih ramai anak2 bumiputera yang akan berjaya & cemerlang di masa hadapan. Kadang2, dalam hati, aku mendoakan kejayaan anak2 ini. Kasih ku telah tertumpah pada kalian semua!!
.
.
P/S: Tiba tiba Zam teringat pada Adik Meera (Nubies) yang bersekolah di Maahad yang sama dengan Nik Madihah. Tingkatan berapa ya? Zam dah lupa. Apapun, buat yang terbaik untuk SPM nanti ye Meera ('',)
Madihah merupakan pelajar ke3 yg cemerlang dari sekolah agama. Pertama, seniornya, Siti Fatimah Mukhtar, ke2, lelaki, yg ke3 Madihah. Both Fatimah n madihah from my school. Alhamdulillah masih mgekalkan tarbiyah yg dikutip sms skol dahulu. Smoga istiqamah. Sudah semestinya islam itu merupakan cara hidup terbaik. Moga sukses dunia n akhirat bg mereka yg sentiasa dekat dgn Allah :)
ReplyDelete