e

Monday, March 2, 2009

Kota Sarang Semut.. h a h a :P

Pukul 10 pagi tadi, aku tanya Ustazah, nak keluar beli makanan kat luar tak? Ustazah lak tengok Kak Nor kat sebelah, minta kepastian samada Kak Nor nak keluar sekali atau tidak. "Zamani, kau pergi je lah dgn Ustazah" kata Kak Nor sambil dengan kereknya mengeluarkan bekal yg di bawa. Ambooii.. Dah siap bawa roti rupanya.. Eh eh kejap Kak Nor!! Jerit aku sambil berlari ke arah dia Jangan makann!!
Kak Nor tergelak2. Cepat2 dia sorokkan balik roti2nya. Dia ingat aku nak buat pedajal amik roti dia. Biasalah aku ni kadang2 buat2 manja minta makanan dia (hehe tak malu sudah :P)
"Ada semut tuhhhh" Kak Nor masih tergelak, ehhh aku tak melawak ni. Kak Nor tak nampak, sbb dia ada mslh penglihatan sederhana, alamak Kak Nor dah capai roti macam nak masuk dlm mulut KAKKKK ADDAAA SEEMMUUTTTT!!!
Baru Kak Nor perasan Huhu habes dimarah2nya semut tu huhu.. Kesian roti keju Kak Nor.. kalau tak, mesti aku dapat rasa sikit


Mangsa kejadian..

Terpaksalah Kak Nor ikut jugak kitorang beli makanan kat luar hari tuh.. Rela dia tak makan bekas2 semut tu dari jadi pelupa. Katanya, setiap kali semut tu melata kat mana2, ia akan tinggalkan enzim yg boleh melemahkan otak. Teringat aku kat Dr. Fadzilah Kamsah, kalau airnya yg penuh sebekas dimasuki semut, rela dia curahkan semua dr di tapis, walaupun sayang. Tanya nya lagi, mana yg lebih kita sayang, sebekas air atau otak kita jadi lemah ??

Hari ni aku beli nasi dengan lauk tauge penuh setapau..Ni kalau Mazlina tengok ni maunya dia menjerit.. Dia kan TAK SOKER taugeh2 nih

Waktu Kemahiran Hidup Tahun 5 hari nih, Kak Artis nak observe lak.. Tak de hal lah kalau Kak Artis , aku rilek jer.. Hmmm.. topik hari ni guna Kit Model Kereta nih.. Teringat mase aku kecik2, 14 tahun yang lepas, masa aku darjah 5 kereta ni popular di kalangan kawan2 aku.. aku? nak beli pun tarak duit.. Kawan2 lak siap menunjuk dengan kit2 kereta yg lebih mahal. Biasanya keluaran TAMIYA. Semua ni sbb populariti siri kartun Dash Yankuro kat TV3 masa tu. Sekarang, aku lak yg ajar anak murid aku pasang kit model nih.



Balik sekolah, hmmm alang2 pergi India Sreet, aku singgah lagi beli aiskrim singgit duaploh sen tu. Mcm biasa aku akan amik mint.. layan tak hengat dunia...

8 comments:

  1. betul tu...
    agama islam sendiri pun larang minum air yg da dicemari oleh semut...

    camtu gak dipantang makan organ2 dlman (hati, jantung, limpa, paru) sbb dikuatiri benak...


    p/s sekali tak sebut nama mazlina dlm setiap post, tak sah....hehehe

    sila rujuk ulangkaji:

    Teori Ada Cinta Dlm Ati:
    (Kalo kite da suke kat seseorang tu)

    3. kite akan kerap menyebut atau menulis namanya walau apa cara sekali pun...

    ReplyDelete
  2. Salam...
    Mama,
    Biarkan je...
    masa org muda..melayan perasaan..
    weeeeee..

    ReplyDelete
  3. hehe
    bukan apa
    dia boleh kira best frent merangkap awek angkat angah kat sini
    tu soker sangat cerita sal dia tu haha

    ReplyDelete
  4. yo la mulo2 awek angkat
    pastu angkat terus jadi org umah

    ReplyDelete
  5. Hehe
    Pandai mama bt lawak
    no no no noooo (ala fara fauzana)
    Haha

    ReplyDelete
  6. blog cegu da mcm blog me vern
    mst ade pic makanan
    adehhh
    lapo plak
    hahaha

    ReplyDelete
  7. Wanie
    A ah
    Zam pun ada terpikir gak
    Bila tgk balik
    Apehal lah blog aku ni banyak gambar makanan
    Mgkin sbb Zam soker makan kot :P

    ReplyDelete
  8. haha , taw tape , bes jnguk , tp law tyme lapa , jnuh gk thn pwot nih , law bole downlod mkanan , syok gk , hahaha ~

    ReplyDelete