
Isnin lepas, ketika aku baru je nk memulakan kelas Kemahiran Hidup dgn murid2 tahun 4, tiba2 aku diminta untuk mengiringi 2 org murid tahun 6 ke auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara untuk program Skor A UPSR anjuran Majlis Guru Besar Kuching. Kalut gak lah aku dibuatnya pagi tu, sbb lewat menerima berita. Ketika sampai di sana, auditorium sudah penuh dan kami terpaksa duduk di belakang.
Tuuuuu dia.. Duk kat barisan belakang sekali!
Mujur lepas tu, ada Guru Besar yg prihatin dgn murid2 Pendidikan Khas ni menjemput kami duduk di kerusi VIP di tengah2 auditorium.
Ha.. ni baru clear :)
Kalau nak tahu, di dalam bangunan DBKU ini lah terletaknya sebuah Muzium Kucing yg pertama seumpamanya di Malaysia. Masa kecik dulu, aku teringin sangat nak dtg ke Sarawak semata2 nak tengok Muzium Kucing ni. Impian aku tu akhirnya tercapai 3 tahun lepas masa aku mula2 menjejakkan kaki ke Sarawak. Cuma masa tu aku tak bawa kamera jek.
Seram lak aku tengok pintu gerbang nih
Selesai sesi ceramah yg pertama, aku bawa mereka ke kafeteria utk makan tengah hari. Lepas tu baru aku sempat meluangkan masa sekejap untuk masuk ke dalam muzium.
Gambar pertama yg aku amik... Hello Kitty!
Potret2 kucing yg bergantungan..
Geram nk gigit je kucing yg pegang teddy tu
Tanda2 kenangan dari Kelab Pencinta Kucing Jepun
Garfield pun ade gak
Aku suka tengok abjad2 rumi yg terbentuk dr aksi kucing2 ni
Antara cenderahati yg dijual
Aku tak sempat melawat ke semua sudut di dalam muzium hari tu, tp tak ape sbb esok kami akan ke sini lagi untuk sambungan sesi ceramah.
Balik dr DBKU & kelaparan, aku beli cakui di hadapan rumah aku. Nak makan dgn ape ye.. emm kebetulan ade eskrim dalam peti, best gak kombinasi cakoi yg panas dgn eskrim yg sejuk
Keesokannya, aku tak melepaskan peluang utk masuk ke dlm muzium sekali lagi. Kalau dah penggila kucing tu, mcm ni lah jadinya.
Kucing Menarik Pelanggan @ Maneki Neko. Aku penah tulis ttg ni dlm entri sebelum2 ni.
Lagi cenderahati yg dijual di sini
Kat satu sudut nih, aku ternampak gambar2 Name Neko lak, faveret aku time kecik2 dulu. Aku penah tulis pasal kucing2 ni dlm blog Friendster aku.
Ni lah gambar Name Neko yg mula2 sekali aku tengok masa kecik dulu.. Sekitar lewat 80an.. Rindu sangat.. Dah lama aku cuba cari gambar ni kat internet tp tak jumpa..
Teringat zaman kanak2 dulu.. haha padan muka kucen yg kene tangkap tu
Gambaran kehidupan masyarakat Jepun bersama kucing2 diabadikan di dlm lukisan2 ini
Haaa.. Akhirnya jumpa juga dgn apa yg aku cari.. Doraemon le.. Sorrylah kat sini tak jumpa pun Pooh dgn Stitch sbb diorang tu tak sama spesis dgn Doraemon hehe
Tetibe ade terselit lak wau kat sini.. ape kaitannya dgn kucing?
Inilah Wau Kucing dr Kelantan yg dijadikan simbol MAS tu
Ni lak replika kubur kucing
Kucing2 yg diperbuat dr susunan kulit2 siput
Teko bentuk kucing.. Suka tgk kucing tuxedo ni.. Teringat aku kat kucing di maktab dulu yg aku panggil ABU.. Dia suka kejar aku, & masa tu aku akan lari sambil terkekek2
Aku sukakan lukisan2 ni.. kalau boleh nak je beli
Time makan tengah hari.. Beratur panjang cikgu2 ni nak ambilkan makanan untuk murid2.
Lps makan, ada banyak lg masa sebelum sesi ceramah diteruskan. Apa lg, masuk balik ke muzium kucing.
I just love when the cats came across with the Japanese arts. It just blend well to me hehe. These cats drawing are painted by Nakahama Minoru.
Kawai desu ne? ;)
2 org jer ker murid
ReplyDeleteMurid di sekolah Zam ada 40 org semuanye, tak ramai, & tahun 6 ada 5 org. Zam iring 2 org murid je ke skor A tu :)
ReplyDelete