Sunday, August 9, 2009
Murtabak Mengkasar
26 Disember 2006
10 Malam..
Kebetulan aku dah ada kat Pekan ni, Mail bawa aku makan Murtabak Mengkasar. Pertama kali aku dengar sal murtabak ni, & kata Mail, murtabak ni popular di Pekan. Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pun pernah buat rakaman kat sini. Sebelum ni pun Mail akan bawa keluarganya yang datang dari Keratong makan disini. Saiz murtabak specialnya lebih besar dari yang biasa aku makan, dan yang paling aku suka tentang murtabak ni sudah tentulah bawangnya. Aku leh ratah macam tu jek.
Aku pesan sekali secawan kopi Cengkudu. Malam ni, Mail yang belanja.
Malam terakhir aku di Pekan, aku minta Mail bawakan aku sekali lagi kesana sebelum dia menghantar aku ke Terminal Bas Pekan. Aku pesan murtabak special lagi, cuma malam ni aku pula yang belanja. Minggu depan aku dah nak balik Kuching. Bila lagilah nak merasa Murtabak Mengkasar..
(Pictures credit to little-syam flickr.com & syerahomar.fotopages.com)
Selamat tinggal, Pekan..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fuyooo..
ReplyDeletemurtabak die mcm pizza..
laparnyee
Ayie~
ReplyDeleteMurtabaknye besar tak ingat
Sedapppp~
Hehe
Suka murtabak tak?
suke laa..
ReplyDeletenape cikgu zam nak lanje kew?hehe
Leh je
ReplyDeleteAsal Ayie yg bawa Zam g sana
heh heh