Jumaat 7 Ogos 2009
Tiba2 aku batuk2 hari ni. Risau dgn keadaan itu, & kebetulan Mazlina juga sama, kami bercadang ke Poliklinik petang itu. Kak Tim yg tumpangkan kami, kebetulan dia juga mahu ke sana bersama anaknya.
Di poliklinik, aku lihat sudah ramai yg duduk menanti kaunter dibuka. Rata2 memakai penutup mulut (jaga2, hospital & klinik boleh menjadi tempat penularan wabak yg paling berisiko) . Aku keluar semula, membelikan penutup muka untuk mereka di farmasi. Sebelum masuk semula ke dlm, aku kenakannya di mulut.
Kaunter baru saja dibuka. Eh~, kenapa semua orang pandang aku? Aku ke bilik sebelah, & semua mata seolah2 mengekori aku.. Ke diorang ingat aku ni doktor? Kaunter baru je dibuka, & sudah tentulah time ni doktor baru je masuk semula bertugas. Mungkin dsbbkn pakaian pejabat & beg sandang hitam yg aku kenakan, siap dgn penutup muka bagai, buatkan aku kelihatan seperti seorang DOKTOR.. hehe.. perasan kejap.
Kami dapatkan penerangan di kaunter pemeriksaan awal terlebih dahulu. Menurut pegawai kesihatan di situ, pesakit H1n1 akan menunjukkan siptom demam terlebih dahulu, sebelum batuk. Ini adalah kerana reaksi demam akan terjadi apabila antibodi di dlm badan berlawan dgn virus tersebut, & selepas itu barulah pesakit akan mengalami batuk2 & selsema. Jika seseorang itu mengalami batuk terlebih dahulu, itu bukanlah tanda dia mengalami H1N1. Tapi apapun, lebih wajar untuk kita mengambil langkah awal & berjaga2.
Lega..
Gaya mereka tak ubah seperti pendemontrasi di KL baru2 ni hehe
Kemudian kami ke Water Front Kuching untuk membeli kek lapis & ke Satok membeli terubuk masin. Esok, anak Kak Tim akan berangkat pulang ke UPSI setelah tempoh kuarantin institusi itu tamat. Jadi Kak Tim membelikan semua itu untuk anaknya. Pun begitu, topeng muka masih melekat di muka kami..
Cenderahati yg dijual di Water Front..
Di Satok, Mazlina belikan aku waffle dari Magicbite..
Perisa campuran pilihan Mazlina- Chocolate, Peanut Buter & Kiwi... Best :)
No comments:
Post a Comment