e

Monday, August 24, 2009

Sehari Suntuk, Penuh Dengan Aktiviti!

22 Ogos 2009
Sabtu..


Pagi tu dalam pukul 4 lebih, aku terjaga bila mendengar suara Mazlina dari luar mengejutkan aku untuk sahur. Sekali panggil je, aku dah terbangun. Kak Salina & Abang Khairul tengah menyediakan makanan bersahur. Pagi tu, kami berempat makan nasi berlaukkan 'sayap'.

Plan hari ni, pergi Kundasang dulu. Aku sebenarnya tak tahu pun kemana akan dibawa waktu tu. Ikut je.. Mungkin Mazlina dah bincang dengan Kak Salina semalam. Kundasang merupakan salah satu kawasan tanah tinggi di Sabah, dan disinilah terletaknya Gunung Kinabalu :)

Indahnya langit Kundasang...!










Mazlina, Kak Salina & Abang Khairul

Mazlina ni jahat tau.. Dah tau aku gayat, lagi dihenjutnya jambatan gantung tu..!


Suke le tuh!


Ooo.. Gelakkan aku gayat ye?

Turun dari kawasan tu, kami singgah membeli sayur2 yang segar. Murahnye...




Strawberry pun ade.. yum-yum ;)



Rata2 peniaga disini adalah wanita Muslim


Orang rumah sibuk membeli..


Cantik le tempat ni..

Kemudian kami ke Kinabalu Park, tempat dimana pendaki2 memulakan dakian mereka ke puncak Gunung Kinabalu.





Tengah kami tinjau2 kawasan tu, tetiba datang seekor tupai ni ke arah pengunjung. Ia tak takut akan kami, & menurut salah seorang pengunjung di situ, tupai ni memang dah biasa dgn manusia sbb dah selalu diberi makan kacang & biskut. Ada seorang pengunjung ni, mengacah tupai tu dengan memetik jarinya ke lantai, seolah2 ingin memberikan makanan kpd tupai tu. Sudahnya, jarinya digigit. Hehe ;P Naseb aku tak buat




Amik gambar dulu.. Mazlina ni pantang nampak signboard, mesti dia nak amik gambar. Aku pun nak mencelah gak ;p




Bunge ape ni? Cam loceng je..


Amik gambar sebelum balik

Tak perasan, tahu2 kami dah sampai ke kawasan rendah semula. Disebabkan mengantuk, aku melelapkan mata sekejap tadi.

Ape ye, jambatan yang terkenal kat Sabah tu?


"Pak pak kang ku doh
Sumunsui doh jambatan
Jambatan doh Tamparuli
Bakasut tinggi oku.."



Ni lah dia..



Kami pulang ke rumah dulu untuk sembahyang Zohor. Lepas tu, pukul 2.30 kami keluar semula untuk mencari juadah berbuka..


Indahnya KK ni sebab terletak di persisiran pantai..

Kami ke bazar Ramadhan di kem tentera dulu.. kemudian ke Pasar Filipina. Waktu petang disini orang sibuk menjual hasil laut yang tak pernah aku tengok. Macam-macam ada!

Waaaah~ Tengoklah ketam tuuu~ Besarnye!!



Sebesar pinggan!


Belum lagi sotong2 & ikan bakar ni.. Besar2.. Air liur dah meleleh2...


Waah~ Masak ape ye sedap dengan ikan Tuna sebesar ni?

Tiba-tiba Mazlina bersuara
"Weh, Din, tengoklah tu.. besarnye!"
Aku tak tau ape yang ditunjukkannya mula2nya, sampailah aku kat satu gerai ni...



Ya ampunnn...! Bapok besor!!



Tahulah aku teringin nak makan lobster kat Sabah, tapi tak penah lak aku membayangkan sebesar ni. Aku tengok pun dah macam resakse gorgom.. Seram aku (eleh kalau orang masak ko mesti makan punyelah Zamani! ;p)

Banyak juga orang yang menjual kulit siput disini. Yang dalam piring hijau tu, sejenis rumpai laut.






Okeh. Kak Salina dah beli ikan & kitorang pun dah beli sedikit buah-buahan. Ada masa lagi sebelum balik, jadi..


Masjid ni Mazlina yang ambik, on the way pulang ke rumah..


Bangunan Yayasan Sabah kelihatan dari jauh..

..kami singgah terlebih dahulu di situ.. Ambil2 gambar.. Ada mase lagi ni sebelum berbuka..




Mazlina lagik..

Bayangkan, kitorang boleh lumba lari dari tempat tu sampai depan signboard Yayasan Sabah tu. Mazlina le ni. Dia ajak aku lumba lari siapa sampai dulu. Macam manalah aku leh lupa hari tu puasa. Macam kanak2 ribena sungguh! (Apela Salina & Khairul dok pikir bila tengok kitorang berperangai macam budak2 time tu.. Ish ish ish..)



Pastu, kitorang terus balik. Dah tak singgah mana2. Mazlina dengan aku nak masak sayur lagi ni..

Apa yang aku perasan sejak datang ke Sabah tahun lalu, susun atur & bentuk kebanyakan bangunan kat sini tak ubah macam kat Putra Jaya. Betul! Tengoklah bangunan kat bawah ni


Same kan?

Pukul 5.30, kami tiba di rumah. Sejam lagi, waktu berbuka (6.28 petang). Aku leh layan tengok Boukenger dulu sebelum menolong Kak Salina & Mazlina kat dapur pukul 6. Time tu, aku rasa dah macam Iron Chef, ke hulu hilir buat kerja kat dapur dgn diorang. Macam tak caya, aku ni ada gak skill memasak ye hahaha

Tengoklah, ini le sayur cendawan goreng yang aku masak untuk berbuka nanti. Kami gunakan sayur2 yang kami beli di Kundasang pagi tadi :)


Ecah, ni le sayur yang Angah masak

Jiran sebelah hantar roti gulung ni kepada kami. Sedappppp.. Serius, ni lah roti gulung yang paling sedap pernah aku rasa.. Sambil makan, aku siap pikir apalah bahan yang dia gunakan.. Kulit roti pun lain.. Lebih lembut.. Ape ye..?



Antara juadah yang dibeli di bazar tadi..



Ni lak kerabu mangga Kak Salina. Dia & Mazlina yang nak makan sangat sejak terperasankan buah2 mangga yg sedang masak di depan rumah. Ade ke Mazlina suruh aku panjat? Kalau rendah takpelah jugak ;P



Yeahh~ Ambil gambar orang rumah sedang memasak



Sayur Campur Mazlina :)



Ni kalau mak mertua lalu kat belakang pun boleh buat2 tak tau nih. Bestnye air tebu..



Malamnya seperti biasa, kami berterawih di Masjid An Nur, Tuaran.



Kemudian, pulang ke rumah bersalin pakaian untuk aktiviti seterusnya. Kami ke bandar KK lagi, di sekitar pasar malam yang banyak menjual kristal2..







Aku ngan Mazlina dah rambang mata ni.. Banyak sangat kristal & mutiara.. Mata dah ngantuk.. Bersambung lah kisah cuti2 kami pada hari keesokkannya..

3 comments: