e

Wednesday, August 26, 2009

Hari Kedua (& Terakhir) Di Sabah

23 Ogos 2009
Ahad

Kami lewat bangun untuk bersahur. Huhu makan je la mana yang sempat. Aku capai buah tin & kurma di atas meja & segelas air. Ngantuk gak time tuh. Malam tadi balik lewat dari pasar malam..

Hari ni, kami bertolak keluar dari rumah pada pukul 9 pagi. Terus angkut beg pakaian sekali, sbb lepas jalan2 mereka akan terus hantar kami ke airport. Hmm sedih gak nih, apapun layan je lah program hari nih puas2 sebelum balik ke Kuching..


I'm in paradise~

Tempat pertama yang kami singgah- Pasar Tamu di Gaya Street. Kami nak cari kerongsang & butang baju Melayu kristal untuk diberikan pada saudara mara & rakan kami di semenanjung. Puas jugalah menilik satu persatu kristal di setiap gerai. Nak-nak lagi, bila dua2nya cerewet memilih barang.

Di satu gerai, aku ternampak ni..



Kucing! Suke3
Cuma kesian, melihatkan si Belang kecil ni tak senang duduk, termengah2 & terjelir2 lidah disebabkan panas. Adoila~ Tak sepatutnya kucing2 ni dijual disini. Aku usap kepala & hidung si Belang, biarkan mulutnya terkatup & di saat itulah aku ambil gambarnya. Bulu & matanya cantik, seperti warna batu tiger eyes pada kerongsang yang kami belikan untuk Kak Nur semalam.

Di sebelah aku, ada satu keluarga Tiong Hua ni baru je beli seekor anak anjing. Mata bulat hitamnya buatkan ia nampak comel sangat.



Wah~ mesti budak laki tu happy kemain. Kalau macam tu, aku pun nak jugak! Er maksud aku, kucing belang kat atas tu :P

Mazlina berhenti di salah satu gerai yang menjual kristal ni, mencari gelang untuk dipadankan dengan baju rayanya nanti. Mulanya aku berkira2 nak belikan kerongsang untuk seseorang, tapi disebabkan tak ada satu pun yang aku berkenan, terlintas kat kepala ni untuk belikan dia gelang kristal menggantikan kerongsang. Idea yang bagus gak sebenarnya. Lagipun gelang2 ni lebih praktikal untuk dipakai & cantik2 pula tu :)


Kakak ni bagi harga yang lebih murah bila kami beli banyak barang darinya. Trimas ya!

Lepas jumpa apa yang dicari, kami ke Jamilah pula mencari kerongsang untuk Ma. Tak lengkap kunjungan aku setiap kali ke Sabah kalau tidak ke Jamilah.



Uniform pekerja mereka tak ubah macam pramugari. & sudah tentu, pekerja2 diorang ni ramah giler.


Ooo.. ingat aku tak tahu ye harga barang2 kat sini? ;p

Mazlina masih tak jumpa lagi kerongsang yg berkenan di hati. Jadi kami ke Pasar Filipina pula selepas hampir setengah jam aku disitu hanya untuk memilih 2 kerongsang yang sesuai untuk Ma. Nak buat macam mana aku ni memang cerewet :P


Mazlina mencari kerongsang tiger eyes untuk keluarganya di Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan.


Tempat ni penuh dengan barang2 cenderamata.


Design terbaru untuk kerongsang2 ni mmg cantik.. tapi entahlah, takda satu pun yg aku berkenan.

Zam nak ingatkan kepada mereka yang ingin membeli kristal di Sabah, seeloknya anda membelinya di pasar malam @ Pasar Tamu di Gaya Street yang Zam ceritakan sebelum ni. Tak jauh pun, dekat2 je. Kerana agak sukar untuk peniaga di Pasar Filipina menurunkan harga seperti yang kita inginkan semasa tawar menawar. Di Pasar Tamu, harganya lebih murah jika dibandingkan di sini.

Sambil Mazlina menilik kerongsang2 di sini & memujuk rayu peniaga tu agar harga kerongsang tu dikurangkan, aku ke sebelah membeli ikan kering.



Kalau tak silap aku (& kalau aku tak bermimpi di siang hari dulu lah), aku pernah ternampak kuda laut kering dijual dengan banyaknya disini. Eh mana pergi kuda2 laut tu ye?? Tak adapun!?

Segan aihh nak tanya.. Aku mimpi ke masa dtg ke sini dulu??

Kami berhenti untuk solat Zohor di Masjid Negeri. Keletihan kerana ke sana ke mari membeli belah membuatkan aku terasa ingin mandi. Yup! Aku mandi di masjid ni.. Panas ta tahan weh~



Kak Salina & Abang Khairul bawa kami ke Tanjung Aru selepas tu. Barulah segar bila badan ni terkena bayu laut yg kuat & sejuk~




Waiting for Mr.Crab to come out..

Sebelum ke airport, kami ke Bazaar Ramadhan yg berhampiran Malaysia Monument di bandar KK. Aku beli murtabak sayur disini. Lagi satu, kulit murtabaknya lain dari yang dimasak di semenanjung, & mereka menggorengnya menggunakan minyak yang banyak.



Mazlina nak makan agar2, tapi yang ini dah habis ditempah awal2 lagi.



Semalam Zam ada cakap kami bersahur dengan 'sayap' kan? Inilah yang Zam maksudkan..


Kepak ayam :) Di Sabah, mereka memanggilnya sayap


Kat dalam bandar pun ade kerbau ye ;P

Okeh, pencarian juadah berbuka tidak terhenti di situ. Kami ke satu lagi Bazaar Ramadhan di Kompleks Asia City.



Aku terjumpa tiram! Dah lama nak makan benda alah ni! Sekilo RM6, belasah je lah!



Mazlina masih mencari agar2nya. Aku tunjukkan pada Mazlina satu gerai yang menjual agar2 & puding. Dia belikan satu untuk aku :)



Macam2 aku nak makan sebenarnya bila datang ke sini. Ikan bakar yang besar2, jus buah2an, & termasuklah kek kat bawah ni. Durian tuu.. Tapi bila mengenangkan semua tu nafsu belaka, aku tak jadi beli..

1 comment:

  1. In sabahan slang/dialect, 'pasar filipina' will be called as 'pasar pilipin'

    ReplyDelete