Salah satu matapelajaran yg Zam ajar di sekolah adlh Pendidikan Seni. Berbeza dengan sekolah aliran perdana yang lain, Zam harus memikirkan & mempelbagaikan aktiviti selain dari melukis dan mewarna. Jadi, diantara aktiviti yg Zam buat dgn mereka baru2 ini ialah menghasilkan ''Telur Dinosaur'' dr kertas surat khabar & belon (cara membuatnya ialah dengan melekatkan hirisan kertas yg telah direndam dalam air yg bergam pada belon).
Minggu berikutnya, setelah 'telur' tersebut kering & belon dipecahkan, tiba pula aktiviti mewarna dgn menggunakan warna air.
Hasilnya mmg menarik. Seronok budak2 ni. Tp seminggu lepas tu, selepas kelas Pendidikan Jasmani bersama mereka, Zalika mengadu, yg telur2 tersebut dah terburai. Terkejut tengok hasil seni mereka luluh berderai. Mungkin kerana gam yg dicampurkan dgn air sblm ini tak cukup banyak. Ntah mcm mana, datang pula Badrul mengenakan telur yg terburai tu diatas kepalanya. Eh eh~ mcm rambut lah pulak~
Lepas tu datang lak budak2 lain mencuba. Terkekek2 aku gelak tengok muka mereka. Tak tahulah pengaruh lady gaga ke ape yg merasuk ni XP
Ayooo.. gelak guling2 aku tengok Badrul nih XD
No comments:
Post a Comment