Mesyuarat staf kali kedua untuk tahun ni, dibuat di sebelah petang. Sudah tentunye, ramai yg mengantuk, termasuklah aku. Pada Mazlina yg duduk disebelah, aku katakan, yg aku mengantuk sangat. Dengan cepat, dia mengeluarkan bungkusan gula2 dr beg tangannya, lalu diberikan kepada aku beberapa ketul
Eh, apasal baik sangat minah ni hari nih.. Tak penah2 pun sblm ni.. Tak kisah lah telan jelah...
Tak semene2, air muka aku berubah
"Gule2 ape ni masam sangatttt??"
Aku pandang Maz di sebelah. Kalau takde org mau rasenye dia ni dah gelak guling2
"Hahaha"
"Kurengggg~ kau kenakan aku ye!??"
Patutlah baik sangat td. Cepat lak tu hulurkan gula2 tu td. Nak kenakan aku rupenye. Masam giler!
Aku betul2 tak puas hati. Hampeh tul.. Terus hilang mengantuk aku.. Tak puas hati, tak puas hati.. Aku pandang ke Cikgu Sa yg duduk di sebelah kanan aku. Dia pn mcm mngantuk. Aku tersenyum sinis. Tanduk dah kuar atas kepala
"Cikgu Sa, Cikgu Sa nak gule2 tak?" tanya ku, ramah.. dgn air muka yg jahat kih2..
"Boleh gak" jawab Cikgu Sa
"Nahhhh~"
Saat Cikgu Sa menelan gula2 tu, aku hampir tersembur ketawa. Nak2 lg bila mulutnye lembik dek masam gula2 tu
"huhu masammmm.." katenye
kih3
Gembira lak bila dpt nakal2 kenekan org lain lak hehe
"Peluang cume dtg sekali" kate Mazlina lak
Ceh! Bila lah aku dpt kenekan dia balik
Selesai mesyuarat, aku keluar dgn Mazlina, Ustazah, Kak Has & Kak Tim Ke Wisma Seberkas. Aku nak cari modem sbnrnye, menggantikan modem lama yg aku beli tahun 2008 dulu. Tak dapat line langsung dgn modem lama tu. Ustazah pun dah beli modem yg same semalam, sekali dengan register. Aku, cume beli modem je, sim card yg lama masih boleh diguna :)
Mcm ni lah modem kami.. Cume tak de no 3 tu jek
On the way balik lewat petang tu, Kak Has terima panggilan dr sekolah, mengatakan ada budak asrama yg sakit. Kalut lah kami lepas tu, risaukan budak tu. Katanye demam, & muntah2. Sbb aku warden yg bertugas hari tu, kenalah membawanya terus ke wad kecemasan di Hospital Umum Kuching, sbb klinik dah tutup masa tu. Kak Haslina ikut sekali. Nampak gayanya tak dapatlah aku rasmikan modem baru aku mlm ni.
Balik dr hospital, kami bawa budak tu makan di McD. Kak Has ajak budak yg sakit tu makan bubur. Aku ngikut je le..
Dari pagi ke malam, baru dpt mandi.. Lps ni nak bertugas lak.. Malamnye tidur kat asrama dengan budak2.. Dah lah sejuk giler.. Naseb ade selimut baru beli kat Wisma Seberkas td.. Lena lah tidur~ ;)
wah modem baru :) nice~~
ReplyDeleteSebab tu line clear skrg nih
ReplyDeletehehe