Salam Jumaat semua (^^,) Merujuk pada tajuk entri yang tertera di atas, apa yang ingin Zam kongsikan disini hanyalah sekadar pendapat Zam, bersumberkan maklumat yg Zam baca & kumpulkan dari internet. Anda pun mungkin pernah terfikirkan tentang ini, kan? Kenapa negeri2 seperti Kedah, Kelantan & Terengganu menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti menggantikan hari Ahad?
Dari hadith2 tentang kelebihan hari Jumaat yg Zam letakkan di bawah ini, apa yang dapat disimpulkan~ hari Jumaat ialah hari yang harus dimuliakan & ia dikhususkan untuk umat Islam beribadat. Adalah lebih memudahkan para Muslimin apabila mereka bercuti pada hari Jumaat supaya boleh merehatkan badan & mengfokuskan aktiviti mereka untuk beribadat, terutamanya Solat Jumaat. (Kadang2 kita mengantuk & letih kan ketika mendengar khutbah, disebabkan masa pagi kita dihabiskan dengan berkerja). Tapi tidaklah ia bermaksud anda tidak boleh melakukan aktiviti harian yang lain, k ;) Jadi sekarang, jom kita tengok apakah kelebihan & fadhilat hari yang penuh barakah ini ;)
Apakah makna Jumaat? Perkataan Jumaat (atau bahasa Arabnya "Jumu'ah") berasal daripada perkataan "jama'a" yang bermaksud 'berkumpul'. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai 'Sayyidul Aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Katanya Rasulullah SAW bersabda: “Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani”.
Pada hari Jumaat berlakunya peristiwa yang penting, iaitu
1.Allah ciptakan Adam
2.Allah turunkan Nabi Adam ke bumi
3.Allah mematikan Nabi Adam
Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari terseut.
(Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ” Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah."
(kalau kita cuti hari Jumaat, bolehlah kita gunakan kesempatan ini utk pergi awal ke masjid)
terengganu,kelantan n kedah je yg cuti hari jumaat-penghulu segala hari...
ReplyDeletesalah satunya ngri saya.. ^^ .. byk kelebhnnya.. thanks for da info
ReplyDeletesy NS xcuti jmaat..
ReplyDeletemmg jumaat byk keistimewaannya..
bagusnyaaa ~
ReplyDeletejumaat penghulu segala hari...kiamat pun hari jumaat kan...
ReplyDeleteJumaat , penghulu segala hari dan banyak perkara yang jadi sunat kalau dilakukan pada hari Jumaat kan . =)
ReplyDeletebanyak kelebihan jumaat ni penghulu segala hari kan..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteberminat utk beli domain utk blog ni tak?
cth
www.nama domain yg dipilih.com
if berminat blh email ,sms or call saya ye
email : sales@nahrinet.com
hp : 019 979 7070
thanks
Aishah~ kalau dpt dipraktikkan oleh negeri lain, ok gak..
ReplyDeleteAisya~ ek? Asal mana nih?
Mysara~ Takapalh, janji leh bt amalan lain hr Jumaat, kan ? ;)
Aliya~ yup ;)
Dabel A~ itulah yg diriwayatkan.. Hari Jumaat.. huhu suspen tak setiap hr Jumaat?
ReplyDeleteFiza~ yup! jom kompul pahala ;)
Diyana~ betul3.. jom2 buat pahala bnyk2 ;)
Nahri~ Insya Allah, kalau Zam berminat nanti, Zam call ;)
kenapa kita tak cuti hari isnin erk? nabi kita kan lahirnya hari isnin.. kenapa kita tak cuti hari isnin erk, kita kan ada puasa isnin khamis.,, boleh gak buat cuti isnin khamis..
ReplyDelete