e

Friday, April 6, 2012

Panduan Membawa Anak Ke Masjid/ Surau


Kejap lagi nak pergi sembahyang Jumaat. Pasti ramai di kalangan bapa2 yang membawa anak2 kecil mereka untuk sembahyang bersama. Bagus tu~ dapatlah menanamkan kesedaran di peringkat awal selain mengajar anak untuk solat berjemaah. Tidak kurang juga yang membawa anak2 kecil mereka bersama kerana tidak ada sesiapa yang dapat menjaga mereka di rumah pada waktu itu. Jadi, di sini, Zam nak kongsikan beberapa panduan agar anak2 kecil kita tak mengganggu jemaah lain ketika berada di masjid pada waktu solat Jumaat & solat2 lain. Kenapa? Umumnya, ramai yang tahu biasanya anak2 kecil akan bermain & berbuat bising ketika jemaah sedang solat, & salah satu lagi isu yang timbul ialah saf akan terputus jika anak kecil berada di antara jemaah2 dewasa.

Anak2 mudah bergaul & senang mesra dengan kanak2 yang lain, biarpun pertama kali berjumpa. Kerana mereka mempunyai keinginan & minat yang sama~ iaitu bermain. Jadi meletakkan mereka di saf belakang bersama kanak2 lain akan menyebabkan mereka bergurau senda & bermain, sekaligus menggangu konsentrasi para makmum. Langkah yang terbaik ialah meletakkan mereka bersama di sebelah kita, di saf yang paling hujung (kanan atau kiri). Insya Allah dengan ini sediki sebanyak dapat membantu kita dari 2 masalah yang dinyatakan tadi.

Selain itu, pastikan juga anak2 kita sudah ke tandas terlebih dahulu sebelum ke masjid. Ini untuk megelakan mereka dari keluar masuk ke bilik air & tempat berwudhu yg seterusnya akan menyulitkan kita ketika sudah duduk di dalam masjid.

Pesan juga pada anak2 sebelum khutbah bermula, yang ayah tidak mahu dia bercakap & bermain ketika khatib sedang berkhutbah. Jika diajak berbual ketika itu oleh si anak, seeloknya kita diamkan diri saja, @ setidak2nya senyumlah padanya & jelaskan padanya kenapa kita tidak bercakap dengannya sewaktu khutbah selepas selesai solat Jumaat ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

4 comments: