e

Friday, April 6, 2012

Yang Paling JAUH, BESAR, BERAT, RINGAN & TAJAM


Yang PALING JAUH adalah MASA LAMPAU..
Walau selaju mana pun kita kejar masa lalu..ia akan tetap jauh,malah makin jauh kerana masa semakin kedepan meninggalkan semakin jauh masa lalu. Jangan disia-siakan masa yang ada dengan perkara yang tidak berfaedah..segeralah bangkit menegakkan keadilan..amal maaruf..nahi mungkar.

Yang PALING BESAR adalah NAFSU kita…
Nafsu melibatkan hampur keseluruhan kehidupan kita seharian. Nafsu makan,tidur, shoping, dan lain2. Jika tidak di jaga..maka rosaklah kita. Seharusnya iman yang mengawal hidup kita..bukan nafsu.

Yang PALING BERAT adalah AMANAH (tanggungjawab)..
Setiap insan pasti ada tanggungjawab walau sekecil mana sekali pun. Amanah untuk belajar, kerja, kepada ibu bapa, kawan2 dll. Tetapi kita lupa amanah kita pada Allah untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah dimuka bumi ini. Amanaj jika seiring dengan iman..alangkah indahnya.

Yang PALING RINGAN adalah SOLAT..
Solat mudah sahaja untuk ditinggalkan. Kerana tidur, belajar, bekerja, shoping, tiada air sembahyang, tiada sejadah, dll. Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih. Semakin sukar untuk kita menunaikan solat..tetapi tetap berusaha walau macam mana pun..semakin banyak pahala kita..iAllah.

Yang PALING TAJAM adalah LIDAH..
Malah lebih tajam daripada pedang..kata2 boleh memutuskan silaturrahim, mampu mewujudkan permusuhan..fitnah juga daripada kata. Mengumpat dengan kata2. Berdiam adalah lebih baik jika ia perkara sia2.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

12 comments:

  1. Saya sokong part solat tuuuu...fuhh

    ReplyDelete
  2. Amirah~ itulah.. kena istiqamah jaga solat

    ReplyDelete
  3. kata-kata Imam Al-Ghazali kan? semua betoi. masa lampau, memang takkan boleh kita lalui kembali.. tu cuma tinggal kenangan.. nafsu pula.. kalau ta dapat kawal, naya la hidup... amanah, berat sangat2.. tapi semua orang insyaAllah boleh hadapinye :)
    solat pun betol gak~ heee.. mudah ditinggalkan. moga2 kita dihindarkan~ lidah? betol2. silaturahim boleh rosak gara2 lidah je. isk.

    ReplyDelete
  4. Cik Suka Berangan~ Thanks untuk huraian anda ;))

    Semua betul!

    ReplyDelete
  5. Zam..ada buku saya imam Al-Gazali, best motivasi dan terbaik untuk kita hayati ya. tq ingatan berhikmah.

    ReplyDelete
  6. hi..!
    jom baca entry baru pka.

    http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/ziela-make-up-by-pka-rahim.html

    tq :)

    ReplyDelete
  7. Etuza~ nice! ;)

    Pka~ Insya Allah ;))

    ReplyDelete
  8. Iman yang mengawal hidup kita. Bukan nafsu. :)

    Terima kasih singgah blog I. :) Dari segmen Nasz.

    ReplyDelete
  9. Thanks Mrs Aedy :)

    Salwa~ ur welcome! & thanks 4 coming here too ;)

    ReplyDelete