e

Friday, April 13, 2012

Tidak Kejar Glamor Punca Fizz Fairuz Rasa Tiada Peminat

Pasti ramai yang tak sangka bila Fizz Fairuz yang dinobatkan Pelakon Drama Lelaki Popular baru2 ini. Rasa2nya, mungkin dia pun merasakan perkara yang sama. Jom baca apa reaksinya tentang kemenangan di ABPBH itu~


PETALING JAYA: Faktor pelakon Fizz Fairuz merasakan dia tidak mempunyai peminat selepas terpilih sebagai Pelakon Drama Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) pada 8 April lalu kerana sikapnya yang tidak mengejar glamor.

Fizz berkata perasaan itu wujud kerana penglibatannya dalam dunia seni adalah kerana mahu mencari rezeki dengan ikhlas dan bukannya untuk menjadi popular tanpa sebarang usaha.

"Saya tidak pernah mengejar populariti kerana merasakan tiada orang yang meminati diri saya dan kehadiran saya dalam dunia lakonan adalah semata-mata kerana ingin mencari rezeki halal dan menyumbangkan bakat yang ada.

"Terus terang saya katakan tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa saya mempunyai peminat," ujarnya kepada mStar Online.

Fizz berkata demikian ketika diminta mengulas reaksinya yang terkejut apabila memenangi trofi Pelakon Drama Lelaki Popular pada malam kemuncak ABPBH2011 pada minggu lalu.

Kemenangan itu kata Fizz membuatkannya terharu kerana tidak menyangka selepas tujuh tahun barulah dia mempunyai peminat yang sanggup mengundinya dalam anugerah berkenaan.

"Saya betul-betul terkejut kerana pada mulanya saya merasakan zaman saya sebagai pelakon sudah berakhir kerana ketika nama saya diumumkan, tak ada orang pun yang memberi tepukan. Jadi ketika diumumkan sebagai pemenang sudah tentu saya terkejut," ujarnya.

Sementara itu, Fizz memberitahu dia tetap bersyukur dengan kemenangan itu dan menganggap ia sebagai hasil daripada usahanya selama ini yang tidak jemu-jemu memperbaiki diri untuk menjadi pelakon yang baik.

"Bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini kerana pelbagai cabaran telah saya lalui dan menerima anugerah itu adalah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya. Terima kasih tidak terhingga kepada peminat," katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Fizz sedang sibuk dengan beberapa projek drama selain baru sahaja selesai penggambaran Waris untuk siaran TV3.

Sumber: My Star

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

14 comments:

  1. mmg nmpk terkejut pun time nama dia di umumkan sebagai pemenang kan..

    ReplyDelete
  2. Zam lak tak sangka sbb ingatkan Aaron Aziz.. Tp itulah rezeki :)

    ReplyDelete
  3. haah kan . dy betul2 terkejut time tu . tapi serious , masa dia berucap tu , rasa sayu je dengar bila dia cakap "saya tak ada peminat..." .

    ReplyDelete
  4. Aisha, mungkin dia merendah diri.. tp Zam faham klau dia kata mcm tu.. Mungkin tak ramai yg ter'gilakan' dia mcm artis lain.. Pada fahaman Zam la.. huhu

    ReplyDelete
  5. sbb dia punya la merendah diri..bt sy terus nak jadi peminat dia,...suka org yang merendah diri dari org yang xsedar diri, perasan ...hehehe...

    ReplyDelete
  6. muka terkezut fizz fairuz tu memang mengambarkan dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang....

    ReplyDelete
  7. muke Fizz sgt JUJUR malam tu....sy rse ramai org leh nmpak kejujuran die time tu..

    yg sdhnye die ckp..."sy ingat sy xde fans"... :))

    ReplyDelete
  8. Haz~ terus jatuh minat ae.. kiranya merendah diri dni dpt memikat hati wanita lah ye.. hmm

    Adando~ Reena.. Apepun pun dia ada kelebihan sendiri.. :)

    ReplyDelete
  9. minat fizz belakon dlm nur kasih..:))

    ReplyDelete
  10. Minat sgt kat fizz, coz dia kacak..hehee

    ReplyDelete
  11. nampak sangat muka dia terkejut masa diumumkan as winners. mungkin dia sendiri tak sangka dia boleh menang.

    ReplyDelete
  12. suka la dgn fizz ni..lakonan yg bersahaja..muka pun sweet jer walaupun takde la hensem sgt kan hehe..tp takde la smpi nak vote bagai tu..

    ReplyDelete