e

Showing posts with label Fizz Fairuzz. Show all posts
Showing posts with label Fizz Fairuzz. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Terkini: Almy Nadia Terkejut Fizz Fairuz Buka Mulut Soal Kahwin

Baru semalam aku postkan entri tentang perkhabaran terbaru dari Fizz Fairuz. Pada sesiapa yang terlepas, klik sini. Yang terbaru, Almy Nadia dilaporkan terkejut dengan kenyataan itu. Untuk ketahui respon beliau terhadap kenyataan dari Fizz Fairuz itu, anda boleh baca entri di bawah~ (kredit kepada MStar Online)


PETALING JAYA: Pelakon Almy Nadia benar-benar terkejut selepas mendengar laporan kekasihnya iaitu Fizz Fairuz berhasrat untuk mengahwininya pada tahun ini.

Almy, 25, berkata, dia tidak dapat memberi sebarang reaksi berhubung kenyataan itu kerana tidak mengetahui apa-apa tentang hasrat Fizz.

"Maafkan saya kerana tidak dapat nak komen kerana langsung tidak mengetahui perkara itu dan rasanya tidak patut saya berkata apa-apa mengenai benda yang saya sendiri tidak pasti.

"Saya terkejut dan sejujurnya tidak tahu reaksi apa yang ingin diberi mengenai laporan berkenaan," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Fizz dalam satu laporan dalam portal Rotikaya.com pada Selasa memberitahu telah memasang niat untuk mengahwini Almy pada tahun ini dan perkara itu akan menjadi kenyataan selepas ibunya kembali mengerjakan umrah pada bulan Jun depan sebelum menetapkan tarikh pernikahan.

Dalam pada itu, Almy berkata, dia bukan cuba mengelak daripada pihak media mengenai perkara tersebut tetapi tidak pernah dimaklumkan oleh Fizz tentang hasrat hatinya itu.

Katanya buat sementara waktu ini biarlah Fizz yang membuat kenyataan kepada pihak media namun dia enggan membuat sebarang kenyataan balas kerana takut tersilap kata.

"Sebelum ini peminat dan media sering bertanya kepada saya mengenai hubungan kami sehingga pada satu tahap saya rasa malu.

"Jadi sekarang biarlah Fizz yang bercakap kepada mengenai hubungan kami kerana tidak manis saya turut bercakap mengenai hal yang saya sendiri tidak tahu dan tidak dimaklumkan," ujarnya.

Bagaimanapun kata Almy, dia akan membuka mulut apabila tiba masanya nanti bagi menjelaskan semua perkara yang menjadi tanda tanya ramai pihak selama ini.

"Sama ada Fizz masuk meminang atau tidak saya akan beritahu nanti serta mengenai apa yang terjadi tetapi bukan sekarang, suatu hari nanti. Buat masa ini biarlah Fizz yang memberi komen," ujarnya.


ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Tuesday, May 8, 2012

Fizz Fairuz Akui Bakal Kahwini Almy Nadia Tahun Ini, Tunggu Ibu Pulang Umrah


Alhamdulillah~ Ini perkhabaran terkini yang menggembirakan dari pemenang Anugerah Pelakon TV Paling Popular ABPBH~ Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin ini.Apapun, kita doakan yang terbaik untuk beliau & pasangan ;)

Berikut adalah petikan dari blog Roti Kaya:

"Tidak ramai sebenarnya pasangan selebriti yang sekian lama bercinta namun sehingga kini belum tiba seru untuk berkahwin dan antara mereka adalah pasangan Fizz Fairuz & Almy Nadia.

Pemegang gelaran Pelakon TV Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 25 ini mengakui beliau ada memasang hasrat untuk berkahwin jika menang pada majlis yang berlangsung pada 8 April yang lalu.

Mengulas sedikit tentang keadaan beliau selepas meraih gelaran tersebut, Fizz Fairuz menolak sebarang dakwaan yang mengatakan beliau kini sudah pandai meletakkan harga lebih tinggi untuk berlakon dalam sesuatu produksi.

“Industri hiburan kita ini kecil, tiada guna saya letak harga. Saya sekarang lebih pentingkan watak untuk saya bawa dalam pembabitan saya selepas ini. Saya mahu penonton puas lihat saya berlakon,” ujar Fizz Fairuz ketika di’temui semalam.

Berkaitan hasrat beliau untuk berkahwin, Fizz Fairuz berkata jika di’izinkan Tuhan dan segalanya berjalan seperti apa yang beliau harapkan, perkahwinan dengan kekasih lima tahun Almy Nadia bakal berlangsung sekitar tahun ini juga.

“Memang itu niat saya & dengan izin Tuhan segala gala’nya akan menjadi kenyataan selepas ibu saya kembali mengerjakan umrah. Ibu saya bakal ke Tanah Suci awal Jun ini. Sekembali’nya ibu, kami sekeluarga akan berbincang memilih tarikh sesuai,” tambah Fizz Fairuz."

Kenapa entah aku rasa senang hati bila dengar berita orang nak kahwin. Aku sendiri? Insya Allah tak lama lagi.. Doakan ye ;)

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

Friday, April 13, 2012

Tidak Kejar Glamor Punca Fizz Fairuz Rasa Tiada Peminat

Pasti ramai yang tak sangka bila Fizz Fairuz yang dinobatkan Pelakon Drama Lelaki Popular baru2 ini. Rasa2nya, mungkin dia pun merasakan perkara yang sama. Jom baca apa reaksinya tentang kemenangan di ABPBH itu~


PETALING JAYA: Faktor pelakon Fizz Fairuz merasakan dia tidak mempunyai peminat selepas terpilih sebagai Pelakon Drama Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) pada 8 April lalu kerana sikapnya yang tidak mengejar glamor.

Fizz berkata perasaan itu wujud kerana penglibatannya dalam dunia seni adalah kerana mahu mencari rezeki dengan ikhlas dan bukannya untuk menjadi popular tanpa sebarang usaha.

"Saya tidak pernah mengejar populariti kerana merasakan tiada orang yang meminati diri saya dan kehadiran saya dalam dunia lakonan adalah semata-mata kerana ingin mencari rezeki halal dan menyumbangkan bakat yang ada.

"Terus terang saya katakan tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa saya mempunyai peminat," ujarnya kepada mStar Online.

Fizz berkata demikian ketika diminta mengulas reaksinya yang terkejut apabila memenangi trofi Pelakon Drama Lelaki Popular pada malam kemuncak ABPBH2011 pada minggu lalu.

Kemenangan itu kata Fizz membuatkannya terharu kerana tidak menyangka selepas tujuh tahun barulah dia mempunyai peminat yang sanggup mengundinya dalam anugerah berkenaan.

"Saya betul-betul terkejut kerana pada mulanya saya merasakan zaman saya sebagai pelakon sudah berakhir kerana ketika nama saya diumumkan, tak ada orang pun yang memberi tepukan. Jadi ketika diumumkan sebagai pemenang sudah tentu saya terkejut," ujarnya.

Sementara itu, Fizz memberitahu dia tetap bersyukur dengan kemenangan itu dan menganggap ia sebagai hasil daripada usahanya selama ini yang tidak jemu-jemu memperbaiki diri untuk menjadi pelakon yang baik.

"Bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini kerana pelbagai cabaran telah saya lalui dan menerima anugerah itu adalah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya. Terima kasih tidak terhingga kepada peminat," katanya.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Fizz sedang sibuk dengan beberapa projek drama selain baru sahaja selesai penggambaran Waris untuk siaran TV3.

Sumber: My Star

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!