e

Thursday, May 24, 2012

Buku Kontroversi Irshad Manji Dirampas- SIAPA IRSHAD MANJI NI??

Perkara yang dah ditetapkan salah dalam agama sejak azali lagi tetap salah, walau bagaimana zaman berubah sekalipun. Perkara yang salah tetap salah, walaupun ia cuba dikaburi dengan kata-kata indah dan ideologi yang kononnya hebat dan gah. Islam dah menetapkan, nak buat apa2 kenalah berpandukan Al Quran & As Sunnah.. Bukan ikut hati & perasaan sendiri yang nyata dah tersimpang jauh dari landasan yang benar. Jom baca petikan artikel di bawah:

BUKU KONTROVERSI IRSHAD MANJI DIRAMPAS- SIAPA IRSHAD MANJI NI??


Jawi rampas buku Irshad Manji

KUALA LUMPUR 23 Mei - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merampas tujuh naskhah buku tulisan pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Irshad Manji dalam satu serbuan di sebuah kedai buku terkenal di kompleks beli-belah The Gardens di sini malam ini.


Dalam operasi yang bermula pada pukul 8.30 malam itu, Jawi merampas tiga buku bertajuk Allah, Liberty and Love manakala empat lagi merupakan terjemahannya bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta.

Buku tulisan asal Irshad yang berbahasa Inggeris itu ditemui di bahagian agama dan dijual dengan harga RM57.60 manakala terjemahannya didapati di bahagian Bahasa Melayu berharga RM60.

Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Kanan Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad memberitahu, buku terbabit dirampas kerana kandungannya boleh merosakkan akidah pembaca serta bercanggah dengan syariat Islam.

Siapa Irshad?

Irshad Manji dilahirkan di Uganda pada 1968. Dia seorang berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Dia merupakan rakyat Kanada. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah intelektual dari Universiti of British Columbia.

Irshad secara terbuka mengakui dirinya seorang lesbian. Dia juga mendakwa, agama Islam menerima perbuatan seks songsang serta meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai.

Projek Ijtihad, sebuah pertubuhan yang diasaskannya juga bertujuan mempromosikan pemikiran kritis, perbezaan pendapat serta perdebatan tentang ajaran Islam.

Pertubuhan itu turut didokong golongan reformis Islam dan penganut-penganut agama lain.

3 comments:

  1. mak aih..teruknya..sejak bila islam ajar cam2..

    ReplyDelete
  2. semoga Allah tunjukkan balasan dia kat dunia ni supaya yg lain akan ambil iktibar.. Ya ALLAH..hampir benar sudah ke penghujung agaknya kita

    ReplyDelete