» Pelajar Malaysia maut jatuh van selepas bergelut dengan perompak
Saturday, July 14, 2012
TERKINI 14 JULAI: SEORANG PELAJAR MALAYSIA DI MESIR MENINGGAL DUNIA AKIBAT BERGELUT DENGAN PEROMPAK
» Pelajar Malaysia maut jatuh van selepas bergelut dengan perompak
Monday, July 2, 2012
(GAMBAR) BAYI 3 BULAN DIDERA PENGASUH- PATAH TANGAN & KAKI


"PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.
Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam."
(untuk berita penuh, kena beli paper la bro.. huhu)
Wednesday, June 27, 2012
SUKA SUKA HATI JE BUANG BAYI COMEL NI DALAM BUT KERETA ORANG! TAK ADA PERASAAN KE?!
Comelnya bayi ni.. Cukup sifat.. Tapi kenapa masih ada yang tergamak membuangnya awal2 dulu? Lebih teruk lagi, dalam but kereta.. Isk2.. Kalau lah wanita yang menemuinya tu tak temukan awal2, silap2 bayi tu boleh kelemasan dalam kereta.. Astargfirullahalazim.. Kesian kat bayi ni!

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, kejadian itu berlaku jam 3.55 petang pada 27 Mei lalu ketika wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zura, 27, memandu seorang diri menuju ke Kangkar Pulai, di sini.
Menurutnya, ketika ditemui bayi yang sihat dan cukup sifat itu dipercayai baru berusia tidak sampai 20 hari dan kini umurnya mencecah dua bulan.
Manayi berkata, dalam laporannya kepada polis, Zura memaklumkan, pada mulanya dia menyangka bunyi tangisan bayi didengarnya datang daripada radio keretanya.
“Zura kemudian menutup radio keretanya, namun bunyi tangisan bayi berkenaan masih kedengaran. Dia kemudian memberhentikan kereta dan membuka but sebelum terkejut mendapati ada bayi lelaki di situ."
Monday, June 25, 2012
BUAT WANITA: BERHATI-HATI JIKA ANDA JALAN BERSENDIRIAN DI MALAM HARI. KEJADIAN SEPERTI INI BOLEH TERJADI.

Mangsa, Nurhayati Kamisan, 28, berkata, akibat kejadian itu dia terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua hari kerana mengalami kecederaan teruk di muka selain retak di dahi gara-gara dibelasah lelaki terbabit.
Menceritakan kejadian itu, Nurhayati berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam 19 Jun lalu berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, di sini.
Menurutnya, ketika itu dia berjalan kaki menuju ke rumah tunangnya di Pangsapuri San Peng dan tiba-tiba disapa seorang lelaki yang meminta sedekah."
Wednesday, June 20, 2012
SAYA MASIH HIDUP- REMY ISHAK | IKUTI KISAH SEBENAR BAGAIMANA PENYEBARAN DAKWAAN ITU BERMULA! JOM TERJAH!
KUALA LUMPUR: “Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.
Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.
Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.
“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya.
Monday, June 18, 2012
Rita Rudaini Terkejut Aidil Zafuan Tidak Muncul Di Makhamah (18 Jun 2012)

Bagaimanapun, dalam prosiding berkenaan, Rita menerusi peguamnya meminta tarikh baru untuk mengemukakan bantahan awal terhadap prosiding tersebut.
Apapun, sebaik tamat prosiding itu, peguam Syarie Rita, Datuk Mohd Zaidi Md Zain memberitahu pihak media bahawa pihak mereka akan memberikan alasan kenapa tuntutan yang dikeluarkan Aidil perlu dibatalkan.
Namun, segalanya akan terjawab pada prosiding yang telah ditetapkan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada 9 Julai 2012.
Kes ini berbangkit sebaik saja Aidil Zafuan mengemukakan tuntutan supaya Rita Rudaini dan anak anak berpindah ke rumah beliau di USJ 1 pada 16 Mei 2012 yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.
Saturday, June 9, 2012
GEMPAR: Allahyarham Mustaghni- Koperal Polis Meninggal Dunia BUKAN Disebabkan Libasan Helmet Mat Rempit!
Sejak beberapa hari lepas aku ikuti perkembangan berita ini, & sebentar tadi aku dikejutkan dengan berita pemergian Koperal Mustaghni. Allahyarham dilaporkan telah meninggal dunia semalam pada pukul 11.45pagi. Lebih mengejutkan, terdapat maklumat baru mengenai insiden tersebut yang ditemui apabila siasatan lanjut dijalankan. Ikuti beritanya dalam artikel dari Harian Metro dibawah.

KLANG: Berlaku kejutan dalam siasatan membabitkan seorang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan yang koma sejak awal pagi Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia semalam, apabila lima anggota polis ditahan kira-kira jam 4 pagi semalam.
Lima anggota polis berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan selepas siasatan terkini mendapati kecederaan parah Koperal Mustaghni Tabri, 48, sehingga membawa kematiannya berpunca daripada lontaran objek seorang daripada anggota polis terbabit dan bukan akibat libasan topi keledar Mat Rempit, sebagaimana dinyatakan sebelum ini.
Mustaghni terbabit dalam kejadian itu ketika bertugas dalam operasi mencegah lumba haram di Lorong Bunga Raya berhampiran Kampung Raja Uda, di sini, jam 1.45 pagi, Ahad lalu sebelum disahkan meninggal dunia jam 11.45 pagi, semalam.
Allahyarham meninggal dunia selepas lima hari koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata punca sebenar kematian mangsa masih disiasat, namun kecederaan disahkan bukan kerana dipukul dengan topi keledar, tetapi akibat terkena lontaran objek keras.
Wednesday, June 6, 2012
LANGGAR KONTRAK PENJUALAN SAHAM- RAS ADIBA DISAMAN RM3.2 JUTA

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM3.2 juta terhadap personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian penjualan saham pada 2006.
Pengarah Syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd, Nik Fauzi Nik Hussein, 53, memfailkan writ saman itu melalui Tetuan K C Tang & Co di Mahkamah Tinggi di sini, pada 3 Mei lalu.
Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jun depan untuk pengurusan kes di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan. Ras Adiba diwakili peguam Datuk Mohd Haziq Pillay manakala Nik Fauzi diwakili peguam Mohammad Shafie Afendi.
Menerusi pernyataan tuntutan, Nik Fauzi sebagai plaintif mendakwa dia mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual semua saham itu kepada Ras Adiba (defendan).
Menurut plaintif, dia bersetuju untuk menjual saham miliknya berjumlah 650,000 unit dengan nilai setiap unit adalah RM1 dan defendan bersetuju membelinya lalu memeterai perjanjian penjualan saham pada 24 Julai 2006.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa selepas ia disetemkan pada 2 Ogos 2006, defendan gagal, enggan atau cuai untuk menunaikan terma yang dinyatakan.
Plaintif juga mendakwa defendan tahu bahawa pembelian saham itu bertujuan membantu mengukuhkan kedudukan syarikat berkenaan selepas kuasa dan kawalan terhadap penstrukturan diperoleh.
Dakwanya, kegagalan defendan dalam merancang penstrukturan dan mengukuhkan syarikat menyebabkan plaintif berdepan masalah kewangan. Oleh itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan memungkiri perjanjian penjualan saham bertarikh 24 Julai 2006, tuntutan ganti rugi RM3,288,172.80 atau sebahagian atau apa-apa bahagian, selain perintah atau relif yang sesuai dan berpatutan.
Sumber: MyMetro.
(PS: Pendapat aku, mungkin defenden 'cuai' dalam mengikuti syarat & bukan disengajakan. Mungkin juga ada sebab2 tertentu yang kita tak ketahui. Aku sebenarnya rasa simpati pada dedenden, sebab beliau merupakan seorang OKU. Apapun, kita tunggu saja perkembangan kes ini nanti..)
Friday, May 25, 2012
ADIK!! MACAM MANA ADIK BOLEH TERSEPIT KAT SITU??!!

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.
Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam.
Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu.
Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.
TERKINI: LELAKI BARU KELUAR PENJARA JADIKAN ANAK & IBUNYA TEBUSAN - ANCAM GUNA PISAU

SIBU: Selepas hampir 14 jam bersabar dan cuba berunding dengan seorang lelaki bersenjata pisau menahan anaknya sendiri berusia tiga tahun serta ibunya sebagai tebusan di sebuah rumah di Jalan Sui Ting, Sungai Teku, di sini, polis terpaksa melepaskan tembakan menggunakan pistol renjatan (taser) terhadap lelaki berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak serta wanita berkenaan, semalam.
Drama tebusan bermula jam 7 malam kelmarin dan berakhir 9 pagi semalam, bermula apabila suspek berusia 28 tahun dikatakan baru dua hari dibebaskan dari penjara, bertindak memegang anak lelakinya serta mengarahkan ibunya tidak keluar rumah selepas bertengkar dengan wanita berkenaan.
Difahamkan, suspek bersenjatakan pisau pemotong sayur, sebelum itu turut mengugut ibunya mematuhi arahannya sekiranya tidak mahu dia kehilangan nyawa. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafiee Ismail, berkata ibu suspek cuba mententeramkan keadaan namun gagal sehingga memaksa seorang ahli keluarga menghubungi polis.
Beliau berkata, usaha ahli keluarga memujuk suspek berlarutan sehingga jam 1 pagi namun tiada tanda positif krisis itu boleh diselesaikan dengan baik menyebabkan adik wanita berkenaan menghubungi polis.
“Sepasukan anggota tiba di rumah suspek, cuba memujuk lelaki itu tetapi gagal malah suspek bertindak lebih agresif dengan meletakkan pisau pada leher anaknya sambil menjerit supaya anggota kami meninggalkan rumahnya.
“Proses memujuk berlarutan sehingga jam 9 pagi tadi (semalam) sebelum polis mengambil keputusan melepaskan tembakan selepas suspek tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun sudah beberapa kali diarah menyerah diri dan membebaskan tebusan.
“Suspek kelihatan sesekali menjenguk polis yang memenuhi perkarangan rumah melalui tingkap. Pada masa sama, ibunya hanya dibenar memberi sebotol susu kepada cucu lelakinya itu selepas kanak-kanak berkenaan menangis ketakutan,” katanya.
Menurut Shafiee, selepas rundingan menemui jalan buntu, polis tiada pilihan melainkan terpaksa menembak suspek menggunakan pistol taser yang mengenai tubuhnya membolehkan tebusan diselamatkan.
Beliau berkata, suspek serta anak dan ibunya kemudian diberi rawatan oleh pasukan paramedik yang berada di tempat kejadian.
“Bagaimanapun, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan.
“Siasatan awal mendapati, suspek pernah ditahan Februari lalu kerana memiliki kenderaan curi. Dia ditahan selepas kereta dipandu terbabas ke dalam parit di Kampung Jeriah selepas dikejar kereta peronda polis.
“Pemeriksaan ketika itu mendapati suspek turut memiliki rekod jenayah, termasuk kes pecah rumah, bergaduh, curi kereta dan rompakan. Polis turut menemui beberapa tiub dadah dipercayai syabu dalam rumah suspek ketika serbuan,” katanya.
Menurut Shafiee, pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan.
Thursday, May 24, 2012
VIDEO Lee Chong Wei Cedera Ketika Beraksi Di Piala Thomas

"Saya perlu kuatkan diri saya baik dari aspek mental mahupun fizikal untuk menghadapi segala cabaran apatah lagi Sukan Olimpik 2012 hanya tinggal kurang tiga bulan lagi untuk bermula," tambah beliau.
Pemain badminton No. 1 itu mahu kekal positif mengenai peluang meraih pingat emas pada temasya Olimpik 2012 biarpun dihantui masalah kecederaan serius di buku lali kanannya.
Menurut Chong Wei, kecederaan tersebut secara tidak langsung telah memberikan kekuatan kepada dirinya untuk lebih bersedia bagi menghadapi temasya sukan terbesar dunia.
"Sekarang ini, saya tidak boleh melakukan pergerakan, namun itu tidak bermakna saya tidak boleh menjalani latihan. Saya akan cuba mendapatkan kaedah terbaik untuk menjalani latihan dengan menggunakan tubuh badan saya.
"Saya akan mendapatkan rawatan lanjut bersama ISN (Institut Sukan Negara) untuk memulihkan kecederaan ini. Apa yang saya boleh katakan saya akan tetap berjuang demi negara," kata Chong Wei yang terpaksa pulang awal dari saingan Piala Thomas 2012.
Chong Wei cedera ketika menentang Peter Hoeg Gade dari Denmark pada aksi terakhir Kumpulan C kempen Piala Thomas 2012 di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, kelmarin.
Hasil ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang dibuat di salah sebuah hospital tempatan di Wuhan, kelmarin mendapati otot di bahagian buku lali kanan Chong Wei koyak.
Mac lalu, Chong Wei mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan ketika menentang seteru utamanya, Lin Dan dari China pada aksi final Seluruh England di Birmingham.
Dalam pada itu, Chong Wei turut menyuarakan kekecewaannya kerana tidak dapat membantu skuad negara bagi menghadapi China pada aksi suku akhir Piala Thomas, semalam yang mana skuad negara menamatkan cabaran di suku akhir selepas tewas kepada China 0-3.
Buku Kontroversi Irshad Manji Dirampas- SIAPA IRSHAD MANJI NI??

KUALA LUMPUR 23 Mei - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) merampas tujuh naskhah buku tulisan pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Irshad Manji dalam satu serbuan di sebuah kedai buku terkenal di kompleks beli-belah The Gardens di sini malam ini.

Buku tulisan asal Irshad yang berbahasa Inggeris itu ditemui di bahagian agama dan dijual dengan harga RM57.60 manakala terjemahannya didapati di bahagian Bahasa Melayu berharga RM60.
Siapa Irshad?
Dia merupakan rakyat Kanada. Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah intelektual dari Universiti of British Columbia.
Irshad secara terbuka mengakui dirinya seorang lesbian. Dia juga mendakwa, agama Islam menerima perbuatan seks songsang serta meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai.
Projek Ijtihad, sebuah pertubuhan yang diasaskannya juga bertujuan mempromosikan pemikiran kritis, perbezaan pendapat serta perdebatan tentang ajaran Islam.
Pertubuhan itu turut didokong golongan reformis Islam dan penganut-penganut agama lain.
Saturday, May 19, 2012
TERKINI: SEORANG IBU MAUT TERPELANTING SETELAH DIRAGUT!

Kejadian berlaku ketika Kum yang menunggang motosikal manakala ibunya, Chiew Kan Seng, 66, membonceng dalam perjalanan dari rumah mereka di Alam Damai, Cheras ke Pasar Imbi untuk berniaga yong tau fu.
Kum berkata, bukan setiap hari ibunya mengikutnya berniaga, tetapi semalam wanita itu menyatakan hasrat ingin menemaninya sebelum mereka berdua keluar rumah jam 6 pagi.
Menurutnya, ketika mereka menghampiri bulatan di Jalan Chan Sow Lin, muncul sebuah motosikal Honda EX5 ditunggangi seorang lelaki yang kemudian cuba merampas beg tangan ibunya yang diletakkan di tengah tempat duduk.
“Peragut itu nekad untuk mengambil beg tangan ibu, namun ibu cuba menghalang dengan menarik dengan kuat tali begnya.
“Tindakan ibu menyebabkan lelaki terbabit melepaskan semula beg secara kasar menyebabkan motosikal kami hilang kawalan dan terjatuh,” katanya
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Friday, May 18, 2012
GAMBAR & VIDEO SEMASA KEMALANGAN FERRARI DI SINGAPURA!

Shah Rukh Khan Cetus Kekecohan?? Pengadu Buat Laporan Polis??

Bintang itu juga turut diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup akibat kekecohan tersebut.
Shah Rukh, 46, yang merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, didapati membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang stadium berkenaan selepas berlangsungnya satu perlawanan pada malam Rabu.
Pengawal-pengawal keselamatan cuba menghalang mereka daripada memasuki padang berkenaan menyebabkan berlakunya pertengkaran selama 10 hingga 15 minit sebelum beliau meninggalkan stadium berkenaan.
Kejadian itu turut dirakamkan oleh jurugambar agensi berita AFP.
Artikel Penuh Di MyStar Online
Wednesday, May 16, 2012
Terkini: Rakyat Malaysia Yang Di Culik Abu Sayyaf Ketika Urus Niaga CICAK TOKEK Pulang Setelah 1 Tahun

Mohd. Nazaruddin, 39, yang merupakan bapa kepada enam anak itu memberitahu, cubaannya yang dilakukan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lalu itu adalah pertama kali dilakukannya iaitu selepas tiga bulan diculik."
Untuk Artikel Penuh, dapatkan akhbar UM di pasaran
ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!
Terkini: SYILING BARU Menyusahkan? Reka Bentuk Menarik Tapi Tidak Praktikal

Walaupun mereka memuji reka bentuknya lebih menarik berbanding edisi lama, namun orang ramai yang ditemui berasa kecewa kerana ia tidak boleh digunakan untuk urusan di mesin-mesin yang memerlukan syiling.
Mereka berkata, walaupun sudah empat bulan ia berada di pasaran namun syiling baru tidak diterima oleh mesin tiket tren transit aliran ringan (LRT), telefon awam, meter letak kereta dan mesin air serta mesin layan diri.
Wartawan Utusan Malaysia yang mencuba syiling baru itu dengan mesin tiket di Stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa mesin air di kawasan perumahan mendapati apa yang menjadi rungutan orang ramai itu memang ada kebenarannya.
...
ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!
VIDEO: Polis Malaysia Maut Kejar Pencuri
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, maklumat diperoleh sehingga semalam suspek dikesan masih berada berhampiran lokasi kejadian.
“Semalam (kelmarin) pihak kami menerima maklumat daripada penduduk memaklumkan melihat seorang dipercayai penjenayah menyorok di belakang pokok berhampiran lokasi.
“Usaha masih dijalankan bagi mengesan suspek dan operasi dimulakan sejurus selepas kejadian masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut secara terperinci mengenai suspek dilihat penduduk kampung itu.
Menurutnya, hasil siasatan awal Unit Forensik turut menemui kesan cap jari pada lori berkenaan.
“Kesan cap jari itu dihantar ke Bukit Aman dan kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Tuesday, May 15, 2012
Terkini 15 Mei: Wanita Berumur 38 Tahun Jadi Mangsa Culik, Rogol & Samun 3 Lelaki! Awas!!

Difahamkan, kumpulan terbabit yang bergerak dengan kereta Proton Waja hitam itu berlegar-legar seawal jam 7 pagi di sekitar kawasan perumahan sebelum menculik mana-mana wanita yang berjalan sendirian.
Dalam kejadian terbaru di hadapan sebuah rumah di Jalan Sri Hartamas, di sini, kelmarin, seorang wanita berusia 38 tahun menjadi mangsa kumpulan yang bersenjatakan pisau itu apabila diculik, dirogol bergilir-gilir sebelum disamun.
Malah, kejadian rogol itu dirakam kumpulan berkenaan dipercayai sebagai koleksi peribadi mereka.
Mangsa yang dibebaskan selepas diperlakukan seperti binatang oleh kumpulan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Travers, di sini.
Menurut sumber, mangsa yang bersendirian dalam perjalanan ke kedai mendakwa tiba-tiba dihampiri dua lelaki tidak dikenali.
“Kedua-dua suspek memegang tangannya sebelum seorang daripada mereka meletakkan pisau di leher wanita berkenaan.
“Mangsa yang cuba melawan diugut dicederakan sebelum diheret masuk ke dalam kereta Proton Waja yang siap menunggu berhampiran kawasan berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, kepala mangsa ditutup menggunakan kain sebelum dia dirogol seorang daripada suspek di dalam kenderaan itu.
“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ, dia terus dinodai kumpulan berkenaan di rumah kosong. Kali ini, mangsa dirogol bergilir-gilir tiga lelaki terbabit. “Selepas diperlakukan demikian, seorang daripada suspek menyerahkan semula pakaian mangsa,” katanya memberitahu barang berharga milik mangsa seperti telefon bimbit dan wang tunai lebih RM100 dirampas kumpulan itu.
Katanya, kumpulan itu membawa mangsa sebelum meninggalkannya di bahu jalan di Jalan Tun Sambanthan, di sini.
Mangsa yang dibantu orang awam menghubungi keluarga sebelum tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Katanya, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan namun usaha memburu kumpulan itu giat dijalankan. Kami masih meneruskan siasatan namun tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan sama seperti dengan beberapa kes yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.
Pada 30 Mac lalu, Harian Metro melaporkan seorang pelajar perempuan diculik sekumpulan tiga lelaki ketika menunggu bas di Jinjang, di sini, sebelum dipukul dan dipaksa melayani nafsu mereka di bilik sebuah hotel di Balakong.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa sepanjang tempoh berkenaan, dia dipaksa berbogel, dipukul dan ditendang serta diarah melakukan onani selain menjilat kaki semua lelaki terbabit malah, setiap aksinya itu dirakamkan kumpulan terbabit, namun mangsa mengakui tidak dirogol.
Manakala, pada 24 Mac lalu akhbar ini melaporkan seorang wanita berusia 37 tahun bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya.
Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi.
Lagi satu kes yang dilaporkan pada 22 Februari lalu, seorang remaja diculik dan dirogol bergilir-gilir di sebuah hotel di Pudu.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, remaja berusia 17 tahun dan berasal dari Kundang itu dilaporkan diumpan tiga lelaki terbabit bertemu sebelum itu diculik dan dirogol bergilir-gilir.
Monday, May 14, 2012
Terkini: Ditinggalkan Bersendirian Di Rumah, Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Tingkat 14 Pangsapuri

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pada kejadian antara pukul 8 malam hingga 11.30 malam itu, mangsa dikatakan tinggal bersendirian di rumah milik datuknya.
"Kanak-kanak itu tinggal berdua dengan datuknya di rumah itu sejak lahir kerana kedua ibu bapanya telah bercerai dan ketika kejadian, datuknya tiada di rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya setakat ini polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah berhubung kejadian itu dan siasatan juga mendapati terdapat dua buah kerusi yang dibiarkan berada di balkoni rumah berkenaan.
Mayat kanak-kanak itu telah dihantar Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - Bernama

