e

Monday, June 18, 2012

Rita Rudaini Terkejut Aidil Zafuan Tidak Muncul Di Makhamah (18 Jun 2012)

Perkongsian berita dari MStar untuk hari ini untuk mereka yang sering mengikuti kisah mereka ini.



KUALA LUMPUR, 18 JUN 2012: Prosiding bagi mendengar kenyataan balas daripada Rita Rudaini berhubung tuntutan Aidil Zafuan untuk berpindah rumah masih lagi tergantung apabila pemain bola sepak negara itu gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pagi tadi.

Bagaimanapun, dalam prosiding berkenaan, Rita menerusi peguamnya meminta tarikh baru untuk mengemukakan bantahan awal terhadap prosiding tersebut.

Apapun, sebaik tamat prosiding itu, peguam Syarie Rita, Datuk Mohd Zaidi Md Zain memberitahu pihak media bahawa pihak mereka akan memberikan alasan kenapa tuntutan yang dikeluarkan Aidil perlu dibatalkan.

Namun, segalanya akan terjawab pada prosiding yang telah ditetapkan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad pada 9 Julai 2012.

Kes ini berbangkit sebaik saja Aidil Zafuan mengemukakan tuntutan supaya Rita Rudaini dan anak anak berpindah ke rumah beliau di USJ 1 pada 16 Mei 2012 yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

1 comment: