e

Wednesday, May 16, 2012

VIDEO: Polis Malaysia Maut Kejar Pencuri



MELAKA: Polis kontinjen negeri masih meneruskan operasi mengesan suspek yang mencuri lori hingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah maut dilanggar lori berkenaan kelmarin.

Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, maklumat diperoleh sehingga semalam suspek dikesan masih berada berhampiran lokasi kejadian.

“Semalam (kelmarin) pihak kami menerima maklumat daripada penduduk memaklumkan melihat seorang dipercayai penjenayah menyorok di belakang pokok berhampiran lokasi.

“Usaha masih dijalankan bagi mengesan suspek dan operasi dimulakan sejurus selepas kejadian masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut secara terperinci mengenai suspek dilihat penduduk kampung itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal Unit Forensik turut menemui kesan cap jari pada lori berkenaan.

“Kesan cap jari itu dihantar ke Bukit Aman dan kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

1 comment: