e

Wednesday, May 16, 2012

Terkini: SYILING BARU Menyusahkan? Reka Bentuk Menarik Tapi Tidak Praktikal

Mungkin perkara ini terlepas dari pandangan pihak berwajib sebelum mereka melancarkan syiling ini sejak awal tahun lalu. Apapun, kita tunggu dulu, mungkin penyelesaiannya akan di usul kemudian.


KUALA LUMPUR 15 Mei - Syiling baru yang diperkenalkan sejak 16 Januari lalu tidak menggembirakan orang ramai kerana tidak praktikal dan ia masih belum dapat digunakan secara menyeluruh.

Walaupun mereka memuji reka bentuknya lebih menarik berbanding edisi lama, namun orang ramai yang ditemui berasa kecewa kerana ia tidak boleh digunakan untuk urusan di mesin-mesin yang memerlukan syiling.

Mereka berkata, walaupun sudah empat bulan ia berada di pasaran namun syiling baru tidak diterima oleh mesin tiket tren transit aliran ringan (LRT), telefon awam, meter letak kereta dan mesin air serta mesin layan diri.

Wartawan Utusan Malaysia yang mencuba syiling baru itu dengan mesin tiket di Stesen LRT Masjid Jamek dan beberapa mesin air di kawasan perumahan mendapati apa yang menjadi rungutan orang ramai itu memang ada kebenarannya.
...

ENTRI2 BEST!
CARA UNTUK MENJADI LELAKI KACAK
PELUANG UNTUK MEMENANGI LAPTOP, IPAD & IPHONE!
WANG TUNAI RM5000 UNTUK BLOGGER!!

9 comments:

  1. memang betul, xsuka syiling baru ni mcm coin yang nak g main kt fun fair tu je... macam takde nilai duit kita ni =(

    ReplyDelete
  2. lagipun syiling baru ni ringan sangat. Tak macam syiling dulu. Mungkin dorang ada solutionnya nanti.

    From,

    Nasz

    http://www.mohdnaser.com

    ReplyDelete
  3. memang menyusahkan , nak beli air tin kat vending machine pon susah ~ aduhh ..

    ReplyDelete
  4. selalau tersalah bagi & org kedai tersalah pulang kan baki...

    ReplyDelete
  5. hmm.. mmg banyak ni masalah.. apa la agaknya jln penyelesaiannye nanti

    ReplyDelete
  6. Asrama sekolah anak kakak pihak telekom telah pasang yg guna kad dek kerana syiling baru tak boleh pakai. Skrg mak-ayah kena bekalkan anak-anak dgn kad-phone tapi macam lebih mudah dah tak payah masuk syiling lagi..

    ReplyDelete
  7. baru je buat entry pada tarikh yg sama (15-mei)

    ReplyDelete
  8. mai suka kmpul syiling baru ni..
    mmg agak menyukarkan utk stuasi skrg..
    byk yg perlu dubah..
    of course BNM akan amik tindakan yg swajarnya..

    ReplyDelete
  9. Hahaa.. Rasa macam nak makan pun ada duit baru nih! Menyirap pulak. Rasanya Token game lagi bagus dari duti baru ni kot =,='

    ReplyDelete