e

Wednesday, May 16, 2012

ENTRI KHAS HARI GURU: Korang Masih Ingat Guru Kelas Korang Masa Darjah 1?


Fuh.. Baru selesai meraikan majlis sambutan Hari Guru di peringkat sekolah. Tak sempat menulis entri mengenai Hari Guru pun hari ni biarpun diri sendiri bergelar guru.. Hehe.. Apepun pada yang wish aku sejak pagi tadi, menerusi sms, terima kasih ye.. Serius dari awal tadi dah rasa macam 'Hari Raya'.. Cikgu2 pakai smart2, cantik2, macam nak pergi beraya.. Jamuan makan2 lagi.. Kenyang sangat dah ni ;p

Dalam entri kali ni, aku nak ajak korang menyorot kembali kenangan masa sekolah rendah dulu.. Korang masih ingat tak nama Guru Kelas korang masa Darjah 1? Istimewanya guru2 ni, mereka biasanya terdiri dari kaum2 ibu.. Perasan tak? Kenapa ya? Pada aku, cabaran membiasakan anak2 kecil yang baru memasuki alam persekolahan bukan mudah, sampai ada yang menangis2 dan tidak mahu ke sekolah.. Di sinilah, peranan guru kelas bermula.. Sikap lemah lembut & keibuan guru kelas lah yang membantu memujuk & mengambil hati anak2 kecil ini. Dan aku benar2 beruntung, sebab Guru Kelas semasa Darjah 1, Puan Azimah, merupakan seorang guru yang lemah lembut.. Di saat entri ini ditulis, aku masih terbayang2 wajahnya biarpun agak samar2 kerana memori ku itu telah lama dimamah masa. Apapun aku tak kan lupa, dia buatkan aku tersenyum & tersipu2 malu campur bangga bila baju bergambar jagung ku ditegur olehnya.

"Korang pula bagaimana? Masih ingat pada Guru Kelas Darjah 1 korang?"

Dalam kesempatan ini juga, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada warga guru di seluruh negara, terutamnya mereka yang pernah mengajar, mendidik dan membimbing aku sejak kecil hingga dewasa, bermula dari TADIKA ABIM SAIYIDATINA FATIMAH, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SERDANG, SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SRI SERDANG & SMK SRI SERDANG! Terima Kasih Cikgu! Allah jua sebaik2 pembalas untuk jasa2 yang kalian curahkan! Semoga hidup ini terus diberkati & dilimpahi rahmatnya sampai bila2!!

10 comments:

  1. mesti la ingat lagi...

    siap ada gambr kelas lagi mse darjah 1.....

    ReplyDelete
  2. tak ingat dah..

    selamat hari guru, cikgu..(^_^)

    ReplyDelete
  3. ingat sorang..Cikgu Maryam.Sir Rasyidi..hehe ^_^

    p/s: selamat hari guru naa.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Edy masih ingat seorang iaitu Cikgu Puteri dan dia anak satu kelas dgn edy masa darjah 1.

    selamat hari guru untuk semua para guru.

    ReplyDelete
  5. Ingat2 lupa Cikgu Rosmahwati kot, darjah 1 Hijau hehehe..

    Selamat Hari Guru Zamani :)

    ReplyDelete
  6. mesti ingat cikgu yg ajar wak2 kecik dulu..terutamanya yg lawa..hahah

    ReplyDelete
  7. TERIMA KASIH sebab ikut arahan yang diberi :D

    ReplyDelete