Pasti ramai yang telah mengetahui tentang dakwaan palsu yang mengatakan Remy Ishak meninggal dunia semalam. Bagaimana penyebaran dakwaan itu boleh berlaku pada awalnya ? Ikuti kupasannya di sini!
KUALA LUMPUR: “Saya masih hidup. Dakwaan banyak pihak memperkatakan saya sudah meninggal dunia hari ini (semalam) tidak benar dan ia mungkin hanyalah salah faham,” kata pelakon terkenal, Mohammad Zalimei Ishak atau Remy Ishak, 30.
Itu penjelasan diberikan Remy yang menjadi bahan bualan di laman twitter, semalam selepas ada pihak menyebarkan fitnah kononnya pelakon berkenaan dikatakan meninggal dunia.
Menurut Remy, penyebaran dakwaan itu bermula daripada laporan sebuah stesen radio tempatan yang dikatakan menyiarkan berita kematian seorang lelaki menyamai namanya sehinggakan perkara itu terus dikaitkan dengan dirinya.
“Selepas saja bangun daripada tidur petang tadi (petang semalam), saya dikejutkan dengan berita kurang enak sejurus ada pihak mendakwa saya sudah meninggal dan ia tersebar luas di twitter. Ia sangat melucukan tetapi ingin ditegaskan bahawa sehingga kini saya masih bernyawa, Alhamdulillah,” katanya.
propa je lebih..
ReplyDeleteumur dia panjang lg..
ReplyDeletebila baca tajuk dah serupa gaya wartawan melodi gayanya..hehe
alhamdulillah , umo dia pjg lagi .
ReplyDeleteMrs Aedy~ yaa propa semata2
ReplyDeleteYaya & Fiza, alhamdulillah.. tapi kan, tak gemar lah trend mcm ni skrg ni.. elok2 org tu hidup, bila berlaku mcm ni, mcm kita mendoakan yang tak baik lak kt dia
mcm2 dunia skrg ni org tgh elok2 g brcuti pn dikatakan mninggal..
ReplyDeleteerrr..ika xtau pon org cakap dia dah mati..hikhik
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDelete