e

Monday, June 25, 2012

BUAT WANITA: BERHATI-HATI JIKA ANDA JALAN BERSENDIRIAN DI MALAM HARI. KEJADIAN SEPERTI INI BOLEH TERJADI.

BUAT WANITA: BERHATI-HATI JIKA ANDA TERPAKSA JALAN BERSENDIRIAN DI MALAM HARI. MALANG TIDAK BERBAU


TERKINI: Seorang wanita dirompak seorang lelaki yang didakwa penyamar sebagai pengemis sewaktu keluar bersendirian di malam hari pada 19 Jun lalu. Hati- hati lah ya.. Orang yang berniat jahat ni licik mencari peluang dalam waktu kita alpa & tidak bersedia. Semoga perkara seperti ini dijauhkan dari kita.. Petikan ringkas di bawah dipetik dari MyMetro.

"KUALA LUMPUR: Niat murni seorang wanita memberi sedekah 50 sen kepada lelaki bertongkat yang menyamar sebagai peminta sedekah mengundang padah apabila lehernya dijerut dan ditumbuk di muka sehingga pengsan oleh pengemis terbabit sebelum wang tunai dan telefon bimbitnya dicuri.

Mangsa, Nurhayati Kamisan, 28, berkata, akibat kejadian itu dia terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama dua hari kerana mengalami kecederaan teruk di muka selain retak di dahi gara-gara dibelasah lelaki terbabit.

Menceritakan kejadian itu, Nurhayati berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam 19 Jun lalu berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Hang Tuah, di sini.

Menurutnya, ketika itu dia berjalan kaki menuju ke rumah tunangnya di Pangsapuri San Peng dan tiba-tiba disapa seorang lelaki yang meminta sedekah."


Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini.

8 comments:

  1. bahaya nye zaman skang nie...elak kuar malam la nampaknye pasni

    ReplyDelete
  2. niat ikhlas pun kena gak...lepas nie kena hati2 lagi

    ReplyDelete
  3. macam2x taktik sekarang nie. baik la die tak bunuh.. masyaallah..

    ReplyDelete
  4. kita bagi bunga orang balas dengan tahi..

    ReplyDelete
  5. dah makin menjadi2 pengemis skrg ne..diberi betis nak paha....adoiii

    ReplyDelete
  6. macam2 sekarang cara org nak buat jenayah kan... memang perlu berhati-hati kan..

    ReplyDelete