e

Friday, May 18, 2012

Shah Rukh Khan Cetus Kekecohan?? Pengadu Buat Laporan Polis??

Cetus Pergaduhan : Shah Rukh Khan Berhadapan Siasatan Polis


MUMBAI: Bintang filem Bollywood, Shah Rukh Khan berhadapan dengan siasatan polis ekoran kekecohan yang berlaku antaranya dengan para pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhede Mumbai, Rabu lalu.

Bintang itu juga turut diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup akibat kekecohan tersebut.

Shah Rukh, 46, yang merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, didapati membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang stadium berkenaan selepas berlangsungnya satu perlawanan pada malam Rabu.

Pengawal-pengawal keselamatan cuba menghalang mereka daripada memasuki padang berkenaan menyebabkan berlakunya pertengkaran selama 10 hingga 15 minit sebelum beliau meninggalkan stadium berkenaan.

Kejadian itu turut dirakamkan oleh jurugambar agensi berita AFP.

Artikel Penuh Di MyStar Online

5 comments:

  1. wow..SRK ni lama xikut perkembangan dia..tetiba bikin kecoh...

    ReplyDelete
  2. A'ah cik mama dgr kat radio pagi tadi, pastu diaorg ckp SRk ni di larg untuk pijak kaki ker stadium tu seumur hidup.. erkkk yerker.??

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum rahmah...macam2 je cite artis ni ada jer yg x kena nyer...:)

    ReplyDelete
  4. Aishah, itu yg terkejut tuuu

    Cik Mama~ Mcm tu lah khabarnya

    Waalaikumuussalam Kak Maszull~ dia pun manusia kan kak.. xlari dr bt silap..

    ReplyDelete
  5. dia ada bg explanation, kat youtube ada~

    saya minat giler ngan SRK ni..huhu~

    ReplyDelete