e

Monday, July 2, 2012

(GAMBAR) BAYI 3 BULAN DIDERA PENGASUH- PATAH TANGAN & KAKI

TERKINI 2 JULAI 2012: SATU GAMBARAN YANG TAK PERNAH KITA LIHAT.. PERTAMA KALI TENGOK BAYI TERLANTAR DI HOSPITAL MACAM NI.. DENGAN KAKI TERGANTUNG.. ISK3..




Bila kerap terjadi kes sebegini, pasti ia akan mengundang rasa bimbang & tidak percaya ibu bapa kepada pengasuh. Disebabkan ibubapa harus berkerja, tiada pilihan lain untuk mereka selain menghantar anak2 untuk dijaga pengasuh. Nak dihantar kepada orang tua mereka, rasa tak patut pula. Apapun dalam kes macam ni, pengasuh lain pun akan terkena tempias juga. Sulit juga situasi ini.. Apapun, jalan penyelesaian untuk kes sebegini pasti ada.. Di bawah disertakan sedikit petikan berita dari MyMetro. Jom baca..


"PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam."

(untuk berita penuh, kena beli paper la bro.. huhu)

8 comments:

  1. Sesuatu yang diluar jangkaan..saya kalau tengok baby mesti rasa nak peluk atau cium tapi apalah yang orang tu fikir sampai sanggup dera baby tu kan??

    ReplyDelete
  2. salam.....

    apabila manusia hilang pertimbangan
    inilah yang akan terjadi.....!!!!!
    tak berperikemanusian .

    ReplyDelete
  3. takde hati dan perasaan sungguh manusia macam ni..apalah budak seawal umur 3 bulan faham dan mengerti...elok dipatah-patahkan juga kaki dan tangan beliau....takde pedoman sungguh

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum zamani....kesian nyer kenapalah adik ini diperlakukn sebegitu rupa...:(

    ReplyDelete
  5. kesiannyya..
    baby tu tak pandai apa2 lagi..
    napa le zalim sangat..

    ReplyDelete
  6. Nita, Kak Rahmah, mungkin tekanan emosi jd punca dalam kes ni.. Tak patut kan..

    Waalaikumussalam Yan, setuju dgn pendapat tu

    Waalaikumussalam Kak Maszull, Linda.. sian sangat! kecil2 dah tanggung sakit mcm ni.. sakiittttt

    ReplyDelete
  7. salam zam..

    samapi hati buat macm 2..sayu betul tgk budak kecik macam 2 kena dera..geram sangat2

    ReplyDelete
  8. Wsalam Shahze.. mkin bnyk lak kes mcm ni dilakukn.. patut djadikn iktibar ni..

    ReplyDelete