e

Tuesday, May 29, 2012

MISHA OMAR Tunda Tarikh Perkahwinan Selepas Aidilfitri Ini Ke Tahun Depan



MISHA Omar antara penyanyi yang jarang berahsia tentang kerjayanya dan juga jejaka pilihan hatinya. Penyanyi berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu misalnya, telah mengumumkan pertunangannya dengan Firos Ezzwan Rossly pada 21 Februari lalu.

Sayangnya, tarikh perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini terpaksa ditunda pada tahun depan kerana sebab tertentu.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar sekali lagi tidak berahsia tentang masalah tersebut. Malah turut menjelaskan kepada media massa mengapa dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya itu.

Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, dia terpaksa menunda tarikh perkahwinannya pada tahun depan bagi memberi peluang kepada bakal suaminya yang kini sedang menjalani latihan sebagai juruterbang di Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

“Tarikh perkahwinan ini ditangguhkan sebab kerjaya bakal suami saya. Buat masa ini, saya tahu dia (Firos) sedang stress (tertekan) kerana sedang menjalani latihan di MAS. Sebab itu, saya tidak mahu dia terus stress. Biarlah dia habiskan latihannya terlebih dulu.

Untuk artikel penuh, klik SINI.

4 comments:

  1. assalamualaikum Zamani...bersabar demi masa hadapan itu lebih baik semoga Misha akan beroleh kesabaran dlm mengharungi masalah ini demimasa hadapan yg baik...:)

    ReplyDelete
  2. sampai masa tu nikah la depa tu...

    ReplyDelete
  3. eh dia dah tunang eh?ketinggalan ketapi betol la sy ni

    ReplyDelete