e

Monday, May 28, 2012

TIPS Jadikan MASA Yang Ada Terasa LEBIH PANJANG? Jom Baca!


Hari ni aku macam dapat rasakan 1 perbezaan dari hari2 biasa yang aku lalui sebelum ini. Wah.. Apa tu? Haa.. Aku tiba2 dapat rasa- MASA macam berjalan dengan perlahan2: seolah aku sedang menikmati hari ku dengan perlahan2 & tenang macam sedang minum teh Jepun! Santai je.. Rasa masa yang berlalu hari ni panjang, sedangkan sebelum ni aku rasa hari2 berlalu dengan terlalu pantas.

Kenapakah aku rasa macam tu hari ni?

Inilah yang aku rasa nak kongsikan dengan korang semua.. Pertama, mungkin sebab aku bangun awal dari biasa- pukul 5 pagi tanpa rasa letih. Rasa segar je badan.. Dengan bangun di awal pagi secara tak langsung telah menambahkan masa yang ada dalam sehari kehidupan kita. Setuju?

Kedua, aku isi masa hari ni dengan perkara2 yang memberikan kepuasan dalam rutin harian aku. Contoh: jaga anak buah & bermain dengan dia. Tak perlu perkara hebat & rancangan aktiviti yang meriah untuk dimasukkan dalam senarai aktiviti harian kita, CUKUP sekadar dengan perkara2 yang tidak merugikan kita & kita rasa berpuas hati dengan apa yang kita lakukan pada hari itu. Rasa berbaloi2 je..

Cuba perhatikan & nilaikan terjemahan ayat AL Quran yang berikut~

"[1] Demi Masa! [2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Al 'Asr)

Dalam kekalutan & keresahan hati kita merasakan masa yang berlalu sekarang ni terlalu pantas, Al Quran dah memberitahu kita, cara untuk tidak merasa rugi adalah dengan melakukan sesuatu yang berfaedah.. MASA memang tak boleh DIPERLAHANKAN atau DIBERHENTIKAN untuk menjadikannya PANJANG, tapi Insya Allah, dari apa yang kita lakukan dalam kehidupan seharian kita, kita tidak akan merasa kerugian kerana merasakan hari kita telah dihabiskan dengan baik & kita berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan. Insya Allah, ada kebenarannya jika dikaji & diperhalusi ayat-ayat berkenaan dengan mendalam :)

Diriwayatkan bahawa Nabi Isa A.S pernah berkata:

" Dunia itu hanya 3 hari:-

1) Iaitu hari yang telah berlalu (kelmarin) maka tidak ada lagi ditanganmu kesempatan sedikitpun dari hari yang telah berlalu.

2) Dan hari esok yang mana kamu tidak dapat mengetahui sama ada kamu akan menemuinya atau pun tidak.

3) Dan hari waktu di mana kamu berada dalamnya, oleh itu pergunakanlah"

Wallahualam..


3 comments:

  1. cik lynn skong! pnah try bgn dlm kol 4.30am, then xtdo dh...rs cm masa lmbat je bgerak...=p

    ReplyDelete
  2. SISTEM UNDIAN
    NTB2 akan menggunakan sistem undian untuk menyingkirkan peserta dari permainan.

    Anda berada di kedudukan TOP 4 dalam CARTA MINGGUAN episod 6
    yang akan dipostkan Khamis ini.

    Maka itu...
    Anda diminta memilih salah seorang dari mereka untuk disingkirkan dalam
    episod 6 nanti. Mereka berdua berada di kedudukan tercorot dalam carta

    Hairy
    http://fanomena.blogspot.com/2012/05/blog-hazwan-hairy-dlm-majalah-remaja.html

    Hareez Haiqal
    http://elefunz.blogspot.com/2012/05/good-luck-korang.html

    Umumkan keputusan anda dalam kotak komen
    entri NTB2 - Episod 5
    sebelum Khamis - 31/5/2012
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. Bangun awal pagi, buat benda yg seronok & tidak merugikan, penuhkan masa denga ibadah...

    Insayallah.... yang benar2 pernah saya rasakan spt entry ini adalah apabila bangun awal sebelum Subuh, Kita sempat tahajud sekejap... mengadu dengan ALLAH, Solat Subuh di awal waktu... + hari yang cergas, panjang & sangat berpuas hati...

    Contest:Nur Diana's Collections: Give Away

    ReplyDelete