e

Sunday, June 17, 2012

ANAK LELAKI WOLVERINE TIDAK MENYUKAI BAPANYA!?

Pasti ramai peminat filem X MEN & sequel nya mengenali watak WOLVERINE yang dipegang oleh pelakon dari Autralia- HUGH JACKMAN. Terbaru, dalam satu temubual, anak lelaki kepada pelakon ini dikatakan tidak menyukai bapanya.. KENAPA?? Jom baca artikel di bawah yang dipetik dari MSTAR ONLINE!

"ANAK LELAKI HUGH JACKMAN TIDAK SUKA BAPANYA BERLAKON"



ANAK kepada pelakon popular, Hugh Jackman iaitu Oscar, 12, tidak gemar bapanya menjadi seorang pelakon dan selebriti terkenal.

"Dia tidak suka apabila ada orang datang kepada saya untuk bergambar atau minta tandatangan saya.

Dia tidak mahu orang lain mengenali ayahnya," ujar Jackman dalam satu temubual mengenai anaknya itu.

Bagaimanapun, Jackman berkata, anak perempuannya iaitu Ava yang baru berusia enam tahun berbangga dengan dirinya.

"Saya pernah terdengar perbualan Ava dengan rakannya dan memberitahu; 'Ayah saya adalah Wolverine'," katanya.


Aktor kelahiran Australia ini sememangnya terkenal dengan sifat penyayang terhadap anak-anak dan sering menghabiskan masa bersama mereka.

"Saya begitu seronok menjadi ayah dan menghabiskan masa bersama mereka dan mereka menyambut kepulangan saya dengan pelukan.

"Hal itu mengingatkan betapa pentingnya kehadiran saya dalam hidup mereka," katanya.

4 comments:

  1. Assalam, walaupun muka ganas tapi hati dia tu ada taman dan disitulah kebahagian si anak. Kerana anak merupakan satu anugerah yang tak dapat di tukar ganti....

    ReplyDelete
  2. hahaha , mane satu nak ikut nih , 22 sayang , macam2 anak si wolverine nih , hehehe ~

    ReplyDelete
  3. hahaha , mane satu nak ikut nih , 22 sayang , macam2 anak si wolverine nih , hehehe ~

    ReplyDelete
  4. suka wolverine.. hugh jackman mang terbaik ar..

    ReplyDelete