e

Sunday, June 17, 2012

SEJARAH HARI BAPA, & KENAPA IA TIDAK MENJADI ISU SEPERTI HARI IBU

SELAMAT HARI BAPA Buat Semua Abah Di Seluruh Malaysia!



Salam semua :) Pasti ramai yang dah tahu keistimewaan hari Ahad kali ini- 17 JUN, & pada yang terlupa atau tidak tahu, hari ini kita meraikan HARI BAPA! Jadi jangan lupa ya menunjukkan tanda ingatan kita pada mereka hari ini~ ikutlah bagaimana cara sekalipun, asalkan mereka tahu kita mengingati tarikh & hari sambutan khas buat mereka ini ;)

Apapun, pasti ramai yang sedar, sambutan HARI BAPA tidak sebegitu hangat diperkatakan, & yang paling UTAMA, ia tidak menjadi ISU PERDEBATAN seperti HARI IBU. Mengapakah terdapat perbezaan dalam kedua2 sambutan ini? Untuk itu, jom luangkan sedikit masa untuk membaca artikel ini:


SEJARAH SAMBUTAN HARI BAPA

"Menyingkap kembali sejarah, sambutan ini bermula di Fairmont, West Virginia, Amerika Syarikat pada Julai 1908. Sambutan mula-mula ini diuruskan oleh Puan Grace Golden Clayton bagi mengingati kematian 210 orang bapa yang merupakan mangsa tragedi letusan lombong di Monongah, West Virginia pada 6 Disember 1907. Tetapi malangnya, sambutan itu kurang mendapat tempat ketika itu kerana terdapat sambutan yang lain di daerah sekitar. Menyebabkan sambutan itu tidak didaftarkan secara rasmi. Dikatakan Clayton mengatur sambutan ini kerana terdapatnya sambutan Hari Ibu.

Sekitar tahun 1909, Cik Sonora Smart Dodd telah sekali lagi mengulangi idea ini, tetapi idea pada Dodd ini bukan timbul dari cedukan idea Clayton, sekadar cetusan pemikirannya melihatka betapa besarnya pengorbanan dan susah payah bapanya dalam membesarkan keluarganya selepas kematian ibunya. Pada mulanya sambutan ini kurang mendapat perhatian awam dan pihak berkenaan, namun usaha yang berterusan darinya menampakkan hasil apabila sambutan Hari Bapa mula disambut di Spokane, Washington pada 19 Jun 1910.

Pada 1916, semasa sambutan Hari Bapa diadakan di Spokane, Presiden Woodrow Wilson mencadangkan agar sambutan ini dijadikan sebagai salah satu sambutan rasmi tahunan, tetapi ditolak oleh Kongres ketika itu. Usaha ini dicuba kembali oleh Senator Margaret Smith dengan mengemukan usul menuduh Kongres "menganaktirikan" sambutan Hari Bapa selama 40 tahun dengan tidak meletakkannya sebagai sambutan rasmi tetapi meletakkan sambutan Hari Ibu sebagai sambutan rasmi.

Pada 1966, Presiden Lyndon B. Johnson mengemukan tuntutan agar Hari Bapa disambut pada Ahad miggu ketiga Jun setiap tahun sebagai Hari Bapa. Akhir sekali pada 1972, Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa sambuta Hari Bapa secara rasminya seperti yang dicadangkan pada tahun 1966. Sambutan ini diteruskan sehingga kehari ini di seluruh dunia termasuk Malaysia denga tarikh yang berbeza mengikut negara."


Ini pula sedikit info tentang sejarah Hari Ibu:

"Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac.

Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut.

Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Churchdianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan."

Dah baca? Jadi, Zam berandaian, pembaca dapat membuat kesimpulan dari apa yang dipersoalkan- Kenapa Hari Bapa Tidak Menjadi Isu Seperti Hari Ibu. Pada pendapat Zam, sejarah kedua-dua sambutan ini datang dari latar yang berbeza, & latar belakang Hari Bapa datang dari peristiwa yang tidak bersabit dengan perayaan keagamaan bangsa lain. Wallahualam..


(SUMBER & GAMBAR DARI GOOGLE)

6 comments:

  1. hari ni pun isyrak mikraj kan ?

    ReplyDelete
  2. betul tuh salina , hari nih israk mikraj , ramai mbe CP berpuasa sunat nak meraikannya , secara jujur , tak pernah wish hari bapa kat abah , tapi wish hari ibu pernah lerr , tuh pown mase sekolah rendah , hahaha ~ CP tak pandai cgtla nak wish2 nih , segan jerr rase , CP sukerr express dari perbuatan CP .. hehehe ~

    ReplyDelete
  3. Assalam, pengorbanan bapa juga amat besar dan mereka juga patut diraikan.... Salam perkenalan dari rakan blogger baru... >.<

    ReplyDelete
  4. bagus info nie...GK pun tertanya juga sejarah hari bapa nie..

    ReplyDelete
  5. bagi deno, hari-hari ialah hari bapa dan hari ibu..

    ReplyDelete