e

Monday, June 4, 2012

CARA KUCING TUNJUKKAN KASIH SAYANGNYA

Sekadar gambar hiasan. Foto oleh Ustaz Azhar Idrus@ Facebook

Tiba saja di Kota Bharu (kampung aku) Jumaat lepas, dalam gelap malam, kucing aku yang mula2 datang menerpa. Dia tahu tuannya balik lepas 3 bulan tak jumpa. Macam biasa, bila aku duduk bersila, dia akan naik ke atas ribaan aku. Dan malam tu, kemanjaan yang ditunjukkannya agak berbeza~ SANGAT MANJA dari sebelum2 ni & agak 'kasar' gurauannya- mencakar2 seluar jeans yang aku pakai & cuba menggigit aku. Apapun aku xmarah, sebab aku dah hafal benar perangainya. Mungkin dia nak lepas geram sbb lama tak jumpa aku. Kucing aku ni lain sikit sikapnya~ manja dan agak kasar, kadang2 aku rasa tak ubah macam harimau bila bergurau.

Masa kepulangan aku kali ni, aku tengok dia ada anak baru. Aku baru teringat, kali terakhir waktu tinggalkan dia dulu, dia tengah sarat bunting. Menariknya, aku dapat perhatikan satu tingkah lakunya yang jarang2 aku dapat lihat sebelum ni. Pernah satu petang, dia datang mengiau pada aku, yang aku faham ngiauan itu ngiauan minta diberikan makan. Aku berikan seketul hati ayam goreng, & sebaik sahaja hati tersebut berada di mulutnya, dia mengiau lagi, tapi dalam nada deram yang lebih halus & putus2.

Tak lama, kemudian muncul anak2 kucing berlari ke arahnya. Rupanya ngiauan tadi memanggil anaknya datang untuk makan. Diberikan hati goreng yang digigitnya tadi pada anak2. Rasanya kali pertama aku tengok kelakuan kucing yang semacam itu. & sejak hari tu, aku perasan, setiap kali dia dapat makanan, pasti dia akan memanggil anaknya datang. Pernah juga, ketika anak2 nya bermain di luar rumah, dia berderam dari dapur, & anak2nya terus berhenti bermain dan berlari masuk ke dalam rumah. Rupanya si ibu nak berikan makanan yang dia dapat pada anaknya. Sweet!

Teringat kata2 Ustaz Azhar Idrus di FB, tanda kasih sayang seekor ibu kucing, pasti diberikan anaknya makan dulu, baru dia yang makan. Macam gambar kat atas tu ;)

13 comments:

  1. btul la awak ckp..kucing2 sy semua camtu..sedih je nengok..begitu kasih si ibu pd anaknya...

    ReplyDelete
  2. suka kucing!!!!! betul jugak, baru perasan pasal ni....

    https://www.facebook.com/kuronofuphotography

    ReplyDelete
  3. tahu tape , kt uma pown byk kucing , lebih dari 10ekor :)

    ReplyDelete
  4. sbetul..betull ayunya membaca cerita ini...kucing pun utamakan anaknya dulu dari dirinya.. berbeza sungguh dengan sesetengah manusia sekarang yang dok membuang bayi di merata-rata tempat :'(

    ReplyDelete
  5. kucing pun ada naluri hati keibuan...
    sheila sangat-2 suka kan kucing!! heheheheee

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Ya betul. Kucing memang mendahulukan anaknya. Selalu pinggan makanan ibu yang masih berbaki ditinggalkan sedikit untuk anaknya meskipun pinggan si anak sudah saya isi. Mereka tahu berkasih sayang tapi sesetengah manusia tegar membuang anak tanpa belas kasihan.

    ReplyDelete
  7. nice kan..kucing pn tau sygkan anak ;-)

    ReplyDelete
  8. betul tu... itu memang sifat ibu kucing... dia akan bagi anak2 dia makan sampai kenyang dan dia paling akhir makan... kadang2 tu, ibu kucing tu tak makan lansung... sbb makanan tu habis dimakan anak2 dia...

    ReplyDelete
  9. Hani, nak jd kucing gak ek

    Yumida, Kuro, Yayah, Sheila, Suara Kalbu, Arelinayu, Masz, ibu kucing pandai zahirkan kasih sayang pada anaknya, kan :))

    Deno~ seekor jantan seekor betina ke?

    Cweet~ lebih dr 10 ekor!? banyaknyeeeee

    ReplyDelete