e

Thursday, June 21, 2012

ELLA BAKAL BERNIKAH JULAI 2012? KEKASIH DIKATAKAN SEORANG JURUTERBANG~ MR. A!!

Ella & Kekasih Bakal Bernikah Julai 2012? Dikhabarkan juga sebelum ini Ella pernah menghadiri Kursus Kahwin pada 3 & 4 Mac lalu.



Teringat masa kecil2 dulu, Ella pernah digosippkan dengan pemain badminton negara- Rashid Sidek. Siapa yang masih ingat kisah itu? Dan yang paling terkini, ialah dengan Mr. A atau namanya sebenarnya Azhar- seorang juruterbang. Berikut adalah artikel yang dipetik dari blog Roti Kaya. Apapun, ian hanyalah sekadar gossip pbuat masa ini, & apa yang terbaik buat Ella, itulah yang kita harapkan :)

"Awal bulan Mac 2012 yang lalu, media banyak menulis tentang perihal Ella dan kekasih bernama A yang sudah menghadiri kursus perkahwinan di Pusat Bandar Damansara.

Namun tiada sebarang tarikh di’perkatakan tentang bilakah ratu rock Malaysia ini bakal menamatkan zaman bujang’nya. Kami baru sahaja menerima maklumat terkini.

Menurut pengirim e-mail yang rapat dengan keluarga Azhar, juruterbang yang merupakan kekasih Ella, pasangan ini bakal bernikah pada tanggal 7 Julai 2012.

Majlis pernikahan pasangan ini di’khabarkan bakal berlangsung di Klang & persiapan yang sepatutnya sudah pun berjalan. Khabar’nya juga majlis merisik sudah pun selesai.

Tetapi menurut sumber kami ini, majlis resepsi perkahwinan Ella & Azhar hanya akan berlangsung pada bulan Disember 2012 nanti di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Benar atau tidak maklumat yang kami terima ini, hanya Ella dan keluarga sahaja yang mengetahui. Apa yang kita semua tahu, Ella dan pasangan’nya memang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga. Kami di’sini mendoakan yang terbaik."

2 comments:

  1. baguslaa kalau ella dh nak kawen.hihi.pilot pulak tu :D

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum zamani...alhamdullilah kalau dah jodoh bagus la...:)

    ReplyDelete