e

Thursday, June 21, 2012

(TERKINI) WANITA HAMIL TERSEKSA- MENGGELUPUR DITEMBAK PISTOL RENJATAN ELEKTRIK OLEH PEROMPAK!

"Mangsa yang tidak sihat kerana alahan mengandung, ditembak dengan pistol renjatan elektrik oleh perompak semasa berehat di dalam kenderaan."



LAPOR...Yusdi dan Hanee menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja.

Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.

8 comments:

  1. Assalam, bogok punya perompak... tak ada kerja yang mulia kah koe ak cari... kau akan senang kat dunia sekarang tapi kat akhirat nanti kau taulah akibatnya...

    ReplyDelete
  2. kejam dan hilang perikemanusiaan...tak faham dengan manusia sekarang!!

    ReplyDelete
  3. sepatutnya mangsa kunci pintu ketika berada dalam kereta.

    ReplyDelete
  4. kalau nak mencuri, curi sajalah.. kenapa perlu sampai nak tembak2..

    fikirlah masa depan mangsa.. mungkin sikap ketidakperimanusiaan dah terhakis.. sikap empati ntah hilang di mana..???

    ReplyDelete
  5. bahaya....skrg ni kalau masuk kereta je diwajibkan kunci kereta....hishh...mcm2 boleh jadik...

    ReplyDelete
  6. kuang hajoo btoii laa..kesiann ibu mngandung tu..mcm2 skrg ni.. dah le jahat,kejam pulak !

    ReplyDelete