e

Saturday, June 16, 2012

Reaksi Scha Al-Yahya Mengenai Isu ‘Neelofa & Anzalna’

Senior DEWI REMAJA, SCHA AL YAHYA Beri Komen Tentang Perang Dingin Di Antara Neelofa & Anzalna.


Scha Al Yahya, Neelofa & Anzalna- Mereka 3 gadis yang memulakan kerjaya seni dari DEWI REMAJA. Sedikit info, Scha Al Yahya adalah pemenang Dewi Remaja 05/06 manakala Neelofa & Anzalna adalah finalis Dewi Remaja 2010- dengan Neelofa sebagai Pemenang Dewi Remaja bagi tahun itu.

Sehubungan dengan isu perbalahan Neelofa/Anzalna, pihak Media Hiburan Online telah mendapatkan reaksi dari senior mereka, Scha Al-Yahya. Berikut adalah artikel dari MH Online:


"Kontroversi yang melanda dua aktres muda, Neelofa dan Anzalna semakin hangat diperkatakan. Lalu MH Online telah mendapatkan reaksi daripada Scha Al-Yahya yang merupakan bekas pemenang Dewi REMAJA 2005/06.

“Apabila memegang gelaran Dewi REMAJA, orang mahu melibat perkara-perkara yang baik. Orang anggap gelaran Dewi sebagai idola. Ya, memang tidak semua manusia sempurna. Tetapi kalau boleh, minimumkan perkara-perkara yang tidak baik.

"Dalam kes Lofa dan Anzalna, masing-masing datang daripada pertandingan Dewi REMAJA seperti Scha. Jadi bila benda ini terjadi, ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.

“Tambah pula, mereka sama cantik dan sama popular. Sebaiknya, kontroversi ini tidak perlulah diperbesarkan lagi,” nasihat Scha yang turut mengkagumi bakat dua ‘adiknya’ itu dalam dunia lakonan."

9 comments:

  1. tiba2 nak kata 'comel dan cun lagi scha dari 2 orang tu :)'

    ReplyDelete
  2. cweet, masing2 berdiria ats pendapat masing2, kan..

    Hana~ Sama lah pemikiran kita.. ;)

    ReplyDelete
  3. sb diorang terkenal.. sb tu macam2 cerita terbongkar & jadi panas!

    ReplyDelete
  4. Yup!!!! Kalau dh terkenal mcm2 fitnah dn dugaan yg dtg.usahlah kita menghakimi sesiapa sbb kita x berada di tpt mereka.kita hny mampu memerhati..apapun mrk juga manusia biasa..kalau anak2 raja yg dah dididik dgn protokol sedari kecil pun msih nk berperang sesama sendiri..inikn pula artis..pasal cantik pulak itu kurniaan Allah...semua memiliki kecantikn yg tersendiri..fair n square!!!

    ReplyDelete
  5. tak pernh suka pun 2 org tu... lg bgus scha~~

    ReplyDelete
  6. tak pernh suka pun 2 org tu... lg bgus scha~~

    ReplyDelete
  7. dorang ada isu apa eh?alahai mmg ketinggalan betul la kalau bab2 retis ni

    ReplyDelete