e

Showing posts with label ANZALNA. Show all posts
Showing posts with label ANZALNA. Show all posts

Monday, July 2, 2012

TERKINI 2 JULAI: TUTUP KES! SELESAI SUDAH ISU PERBALAHAN NEELOFA & ANZALNA!

ANZALNA MOHON MAAF, AKUI TIADA BUKTI KUKUH - "Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya"


Sebelum ni Zam pernah tulis entri ISU NEELOFA & ANZALNA? Ala.. Diorang Cuma 'Miscommunication' Je Tu..Tak Ada Apa Pun.. Alhamdulillah, akhirnya mereka berdua dah pun berdamai dengan baik setelah adanya campur tangan dari pihak SENIMAN. Diharapkan, isu ini tidak akan dipanjangkan lagi selepas ini. Difahamkan, mereka ditemukan dalam satu sidang akhbar yang berlangsung sebentar tadi di Hotel Royale Bintang, Damansara. Memetik kata kata dari Beautiful Nara- "Neelofa berkata yang hari ini telah membuktikan dirinya berada di pihak yang benar. Semoga selepas ini mereka berdua dapat berbaik semula seperti dahulu dan terus menumpukan perhatian sepenuhnya kepada karier masing-masing"

Di bawah ialah petikan dari Oh Bulan.




"Sebentar tadi bertempat di Hotel Royale Bintang, Damansara berlangsungnya sidang akhbar antara dua selebriti jelita, Anzalna Nasir dan Neelofa. Kedua-dua bekas peserta Dewi Remaja ini telah mengalami sedikit masalah apabila kenyataan Anzalna di Berita Harian bertarikh 10 Jun 2012 dikatakan telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya tanpa bukti yang kukuh.

Disebabkan ini, Neelofa telah mengambil keputusan dengan mengupah peguam untuk menyelesaikan isu kenyataan yang dibuat Anzalna. Atas keprihatinan Persatuan Seniman, Anzalna telah diberikan seorang peguam khas yang juga salah seorang dari ahli Persatuan Seniman. Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, beliau telah mengambil keputusan ini demi menjaga imej artis-artis tempatan.

“Bagi saya, benda ini tak perlu dipanjangkan lagi dan tak perlu ada cerita. Persatuan boleh membantu menjadi medium antara kedua selebriti ini.

“Melalui persatuan, imej artis boleh dijaga dan bagus untuk semua artis tempatan yang lain. Pihak Seniman juga tidaklah ‘bias’ walaupun Anzalna sendiri menggunakan peguam Persatuan Seniman. Ini hanyalah sekadar membantu ahli persatuan saja,” ujar Zed Zaidi.

Kedua-dua selebriti, Anzalna & Neelofa telah pun selesai berdamai dan surat kedua-dua belah pihak telahpun bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu yang berlaku.
"



Wednesday, June 20, 2012

ISU NEELOFA & ANZALNA? Ala.. Diorang Cuma 'Miscommunication' Je Tu..Tak Ada Apa Pun- JOM TERJAH!

Zed Zaidi Akan Panggil Neelofa, Tasha Shilla Dan Anzalna Bersemuka


Macam macam yang dah kita dengar dari isu NEELOFA & ANZALNA dalam seminggu dua ni. Makin lama, makin banyak kisah mereka yang terdedah. Tak salah bila masing-masing berdiri mempertahankan diri masing-masing, itu hak mereka, tapi kalau dah berlarutan & menjadi-jadi, baik dileraikan secepat mungkin & diselesaikan dengan baik. Pada Zam, perkara ni berlaku sebab masalah miscommunication je, tak ada apa pun.. Pendapat korang lak macam mana? Apapun, jom teliti apa pandangan Zed Zaidi dalam isu mereka. (info kredit kepada Beautiful Nara.)

"Kemelut antara Neelofa, Anzalna dan Tasha Shilla tidak perlu berlarutan hingga jadi kes mahkamah. Saya lihat pendekatan seperti nasihat adalah jalan terbaik menyelesaikan isu tiga artis terbabit secara dalaman. Tanpa peguam, tanpa ruang perbicaraan, saya yakin, isu sengketa antara ketiga artis ini akan selesai dengan jalan yang terbaik. Dunia ini kecil saja dan jangan ikut emosi. Pusing sana-sini, mereka akan disatukan juga dalam drama atau filem. Ia juga memberi kesan kepada tawaran berlakon nanti. Sebagai ahli SENIMAN, mereka perlu bersatu. Saya sedang mewujudkan garis panduan yang menetapkan artis lebih beretika ketika mengulas mengenai sesuatu perkara dan tahu mengawal media dengan baik. Bukan apa, takut mereka tersalah cakap dan ada orang yang mahu menangguk di air yang keruh."

Saturday, June 16, 2012

Reaksi Scha Al-Yahya Mengenai Isu ‘Neelofa & Anzalna’

Senior DEWI REMAJA, SCHA AL YAHYA Beri Komen Tentang Perang Dingin Di Antara Neelofa & Anzalna.


Scha Al Yahya, Neelofa & Anzalna- Mereka 3 gadis yang memulakan kerjaya seni dari DEWI REMAJA. Sedikit info, Scha Al Yahya adalah pemenang Dewi Remaja 05/06 manakala Neelofa & Anzalna adalah finalis Dewi Remaja 2010- dengan Neelofa sebagai Pemenang Dewi Remaja bagi tahun itu.

Sehubungan dengan isu perbalahan Neelofa/Anzalna, pihak Media Hiburan Online telah mendapatkan reaksi dari senior mereka, Scha Al-Yahya. Berikut adalah artikel dari MH Online:


"Kontroversi yang melanda dua aktres muda, Neelofa dan Anzalna semakin hangat diperkatakan. Lalu MH Online telah mendapatkan reaksi daripada Scha Al-Yahya yang merupakan bekas pemenang Dewi REMAJA 2005/06.

“Apabila memegang gelaran Dewi REMAJA, orang mahu melibat perkara-perkara yang baik. Orang anggap gelaran Dewi sebagai idola. Ya, memang tidak semua manusia sempurna. Tetapi kalau boleh, minimumkan perkara-perkara yang tidak baik.

"Dalam kes Lofa dan Anzalna, masing-masing datang daripada pertandingan Dewi REMAJA seperti Scha. Jadi bila benda ini terjadi, ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan.

“Tambah pula, mereka sama cantik dan sama popular. Sebaiknya, kontroversi ini tidak perlulah diperbesarkan lagi,” nasihat Scha yang turut mengkagumi bakat dua ‘adiknya’ itu dalam dunia lakonan."