e

Saturday, August 4, 2012

Kisah Ally Iskandar, Tak Pernah Ambil Cuti Raya 10 Tahun

Ally Iskandar Ambil Cuti Raya Selepas 10 Tahun 


Tugasnya menuntut dia untuk berkorban masa & tenaga tidak kira walaupun di Hari Raya. Itulah, bukan senang menjadi seorang selebriti. Kalau kita ni, macam mana lah kan.. Zam yang berkerja kat Sarawak ni pun akan balik ke semenanjung setiap kali raya.. Jom baca kisah Ally Iskandar dalam artikel MyStar ini.
 
SHAH ALAM: Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi telah pun mengambil cuti selama seminggu bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri selepas 10 tahun tidak berbuat demikian.
Ally, 36, berkata, sebelum berkahwin lagi dia telah menyuarakan hasrat untuk bercuti Hari Raya sekiranya dia berumah tangga bagi meraikannya bersama isteri dan keluarga.

"Selama 10 tahun saya tidak pernah mengambil cuti raya kerana bekerja pada 1 Syawal untuk program Malaysia Hari Ini (MHI). Tahun ini saya mahu peluang untuk menyambut lebaran bersama isteri tersayang," ujarnya kepada mStar Online.

Ally ditemui selepas rakaman program Mentor Raya 6 di Plaza Alam Sentral pada malam Rabu lalu.

Tambah Ally, sebelum ini dia bukan tidak pernah memohon untuk bercuti tetapi komitmen terhadap kerja telah membuatkan dia perlu berkorban untuk bertugas.

Dalam pada itu, Ally berkata, dia sangat terharu dapat menyambut bulan Ramadan pertama sebagai suami kerana Farah Lee yang sedang bercuti selama tiga bulan daripada pengajiannya di Universiti In Ha, Korea Selatan.

Untuk artikel penuh, klik di SINI.


No comments:

Post a Comment