e

Saturday, August 4, 2012

Tempoh Hidup Macaulay Culkin Hanya Tinggal 6 Bulan?

Tempoh Hidup Macaulay Culkin~ Pelakon Home Alone Hanya Tinggal 6 Bulan? Itulah Yang Dikhabarkan




Mungkin anda masih mengingati wajah pelakon cilik yang menjadi hero dalam filem Home Alone & Home Alone 2~ Macauly Culkin ini. Terkini, hayat hidupnya dikatakan hanya tinggal 6 bulan. Mungkin ini hanya satu spekulasi, tapi untuk mengetahui kenapa & bagaimana kisah ini boleh timbul, mari kita baca artikel yang diterbitkan di MStar Online ini. 

 Wajah Terbaru Macauly Culkin!

 
"BEKAS aktor cilik yang pernah menjadi bintang filem Home Alone, Macaulay Culkin, dikatakan hanya mempunyai jangka hayat selama enam bulan lagi. Menurut laporan Inquisitr, bekas kekasih aktres Mila Kunis itu menghabiskan wangnya sebanyak RM18,000 (US$ 6,000) sebulan untuk membeli pelbagai jenis ubat yang dilarang. Malah Macaulay telah berpindah ke Manhattan untuk menyertai pesta dadah. "Macaulay hanya mampu bergantung pada ubat-ubatan dan itu boleh membunuhnya. Dia ketagih dengan dadah jenis heroin, oxycodone, percocet dan vicodin. "Saya lihat sendiri bagaimana dia boleh ambil semua itu dalam satu masa," kata sumber. Februari lalu, paparazzi merakamkan fotonya dengan keadaan kurus kering. Ia dikatakan berpunca daripada masalah tekanan perasaan yang berpanjangan sejak putus cinta dengan Mila tahun lalu."

3 comments: