e

Thursday, August 16, 2012

Segmen Salam Ziarah Raya Aidilfitri 2012


Pertama kali Zam berkesempatan menyertai segmen dari Hasrul Hassan, antara otai blogger yang sebaris dengan blogger2 terkenal lain seperti Ben Ashaari. Berbeza dengan segmen2 yang Zam sertai sebelum ni, kali ini ia lebih tertumpu kepada Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.. 

Syaratnya, ceritakan sesuatu yang berkaitan dengan Raya 2012.. Haa.. Kebetulan pula, Zam sebenarnya baru sahaja selamat sampai ke kampung halaman di Kota Bharu pagi tadi dari LCCT.. Sebelum tu (semalam), Zam baru je tiba dari Kuching.. & malam tadi Zam terpaksa bermalam di LCCT sebaik saja sampai dr Sarawak memandangkan awal2 pagi hari ni Zam dah kena berangkat ke KB. Macam pelarian pun ada gak sbb kami semua tersadai, bersepah2 tidur & merehatkan diri di LCCT sebelum kaunter daftar masuk di balai berlepas dibuka .. Musim perayaan ni, mmg ramai orang.. Bersesak2.. Zam bernasib baik sbb dpt berehat di bangku yg disediakan di sana. Tempat duduk mmg terhad.. Sambil2 tu, sempat layan ESPN.. Seharian Zam tak tidur.. Bukan apa, tak selesa nak lelapkan mata di tempat terbuka macam tu.. 

Apapun, yang paling best, masa tengah syok2 layan ESPN tu, kami 'dihalau' keluar oleh petugas LCCT kerana mereka nak sembur racun malam tu.. Adoiii.. Foging di malam hari? Sudahnya kami terpaksa berehat & tidur di luar premis pula.. Lagilah haru biru.. Tekak & hidung pun terasa perit dengan bahan kimia yg digunakan tu.. Pertama kali berdepan dgn pengalaman balik raya yang macam ni.. Lain kali, sumpah tak mahu dah!

3 comments:

  1. Ilalliqa' ya Ramadhan wa Ahlan Wasahlan ya Syawal 1433 wa Marhaban Bikum. Salam Kemenangan dan di mohon bersama sejuta kemaafan, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

    Follow ♌¹³ & Keep in touch
    From Segment: ♌¹³ Pseudosupra | Segmen Salam Ziarah Raya Aidilfitri 2012

    ReplyDelete
  2. kesian.. yg penting selamat sampai..
    apapun, selamat hari raya!! :)

    ReplyDelete