Terkejut dengan berita yang dibaca di Murai.com tadi tentang bayi yang diberi nama Maryam Joanna, anak kepada pasangan Rini AF7 & suaminya Johanis. Zam tertunggu2 khabar terbaru tentang anak pasangan ini sejak dilaporkan dirawat di Hospital Kajang dulu, & sebenarnya Zam terlewat mengetahui tentangnya, mungkin kerana kesibukan membuat persiapan raya kerana berita terkini mengenainya telah disiarkan pada Jumaat baru2 ini, 17 Ogos bersamaan 28 Ramadhan.. Innalillahiwainnailaihirojiun.. Sama2 lah kita sedekahkah Al Fatihah buat arwah. Pemergiannya pada hari Jummat di bulan Ramadhan yang mulia sebelum ini pasti tersirat hikmah yang sangat besar.
TAKZIAH BUAT RINI SEKELUARGA..
"KUALA LUMPUR, 17 OGOS 2012: Selepas seminggu menerima
alat bantuan pernafasan, akhirnya bayi perempuan kepada bintang Akademi
Fantasia 7 (AF7), Rini telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di
hospital Kajang.
Bayi bernama Maryam Joanna telah meninggal dunia pada jam 12.25 tengah
hari tadi dan akan dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak di
kampung di sebelah suami Rini.
Bayi comel seberat 4.25 kg telah dilahirkan pada 9 Ogos 2012 jam 10.10
pagi di hospital Putrajaya. Puteri sulung Rini dilaporkan telah jatuh
dari katil pada malam 10 Ogos lalu dan terus dibawa masuk ke hospital
Kajang untuk menerima rawatan.
Pun begitu, sewaktu insiden tersebut berlaku, bayi itu sudah pun tidak
sedarkan diri kerana tertiarap dalam jangka masa yang lama."
No comments:
Post a Comment