IMBUHAN SEBULAN SETENGAH GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM
Tentu ramai yang dah dengar belanjawan yang diumumkan tadi kan. Pasti ada penjawat awam yang tersenyum, bila mendengar imbuhan sebanyak sebulan setengah gaji untuk mereka tadi. Jumlah yang bakal diterima adalah lebih dari apa yang dijangkakan oleh Zam tadi. Alhamdulillah, rezeki dari Allah ('',) Huraiannya: 1/3 dari imbuhan telah diberikan pada bulan Ogos baru baru ini sempena Aidilfitri, 1/3 lagi akan diberikan pada Disember 2012 dan baki terakhir 1/3 lagi pada Januari 2013, menjadikannnya semua sebanyak SATU BULAN SETENGAH GAJI. Kalau info ni tersilap, harap korang maklumkan ok.
Haa.. Dah ada yang merancang untuk membelanjakan imbuhan itu di mana & ke mana? Apapun, semoga kita dapat berjimat cermat dengan apa yang diperolehi. Bagi mereka yang bujang lagi, bolehlah menyimpan duit yang diterima sebagai pelaburan di masa akan datang ;)
No comments:
Post a Comment