KAKA feat ZIZAN : BAWAKU PERGI
Baru baru ni Zam kerap layan lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka & Zizan. Bermula dengan rasa nak mendengarnya setelah lama tak dengar, sehingga sekarang ni boleh dikatakan tahap ketagih. Hehe.. Pagi ni saja dengar berulang ulang kali sebelum turun kerja. Bagi Zam, kekuatan lagu tu terletak pada rentaknya yang santai & kebetulan pula sama dengan mood Zam yang teringin nak terbang melancong.. Tapi tak tahu bila lah berkesempatan ni..
Hah.. Kembali kepada tajuk entri diatas, kalau korang ingat lagu pernah dilanda kontroversi. Bagi Zam, Zam fikir positif & bersangka baik je. Lagipun penciptanya Malique dah beri penjelasan tentang lagu ini dulu. Tinggal kita untuk menilainya & berlapang dada. Untuk penjelasan Malique tu, korang boleh baca di sini. Memetik ringkas kata2 Malique:
"Buku merah jangan lupa bawa moga moga belum tamat tempoh..
Kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh.."
Kali ini kita pergi lebih lama, pergi lebih jauh.."
Hah.. Kembali kepada tajuk entri diatas, kalau korang ingat lagu pernah dilanda kontroversi. Bagi Zam, Zam fikir positif & bersangka baik je. Lagipun penciptanya Malique dah beri penjelasan tentang lagu ini dulu. Tinggal kita untuk menilainya & berlapang dada. Untuk penjelasan Malique tu, korang boleh baca di sini. Memetik ringkas kata2 Malique:
Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu
itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi
pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan
kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang
setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan
jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya.
Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat
berbulan madu.
Video lagu tu pun dah dimuat naik di Youtube Jun lalu. Kalau nak dengar & tengok, boleh layan video kat bawah ni :)
byk lagu jadi kontroversi kan. knapa la agaknyaaa
ReplyDeleteactually lagu ni sedap dan unik. tu pasal jadi kontroversi.
ReplyDeleteorang malaysia perlu banyak membaca karya, tak semua orang akan smpaikan sesuatu dengan secara terus. betul?