e

Wednesday, September 12, 2012

Ning Tarik Diri Dari Konsert Anjuran Syarikat Minuman Keras

Mungkin ramai yang tahu tentang isu ini sejak gambar poster konsert tersebut disebarkan melalui internet baru baru ini. Terbaru, menerusi Murai. Com, Ning Baizura dikhabarkan telah menarik diri dari konsert ini. Apapun, ada baiknya juga kalau kita meneliti dulu kisah sebenar & penjelasan disebaliknya menerusi artikel di bawah.


NING BAIZURA TERKEJUT GAMBARNYA DIGUNAKAN TANPA PENGETAHUAN




"Ning Baizura secara rasminya telah mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjayakan persembahan anjuran sebuah syarikat minuman keras terkenal yang dijadualkan berlangsung pada 28 September ini. Pengesahan Ning menarik diri ini telah disahkan oleh pihak pengurusan Ning iaitu HappenNings (M) Sdn Bd menerusi kenyataan media yang telah disiarkan di laman web rasmi milik penyanyi ini.

Menerusi kenyataan itu, Ning difahamkan berasa kecewa dengan memaklumkan bahawa gambarnya itu telah digunakan di poster persembahan berkenaan tanpa persetujuan darinya. Malah, Ning dengan jelasnya memaklumkan dia tidak pernah melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung untuk mempromosi program tersebut.


"Ning telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012. Ning bukannya ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan ini, kami ingin menegaskan bahawa, Ning tidak ada sebarang kaitan dengan GAB.

"Ning dan pihak pengurusan memang sentiasa berhati-hati supaya tidak terlibat dengan mana-mana syarikat yang mempromosikan minuman keras. Kami juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet. "Kami ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa Ning telah menarik diri daripada persembahan tersebut," sumber dari pihak pengurusan Ning."


ENTRI SEMPOI & BEST UNTUK DITERJAH!

Gambar Majlis Pertunangan Farid Kamil & Diana Danielle

Lagu Paling KONTROVERSI Tahun Ini

Anwar Tarik Balik Saman Terhadap Saiful Bukhari 

Ning Tarik Diri Dari Konsert Anjuran Syarikat Minuman Keras

Cuba Dengar.. Lirik Lagu Ini SENGAL Atau SEMPOI?

(VIDEO) IKLAN KEMPEN ANTI MEROKOK TERBAIK!

Aneh! Bila Kucing Bersayap

2 comments:

  1. bagus la kalau dia tarik diri.. miz nina plak cam keras kpla je nak teruskan persembahan..

    ReplyDelete