e

Monday, October 8, 2012

Apa Reaksi Zizan Apabila 'Tewaskan' Aaron Aziz?



Kepada mereka yang menonton Anugerah Blokbuster baru baru ini, pasti ramai yang tak menyangka apabila pelakon komedi- Zizan Razak menyandang anugerah Hero Terhebat sekaligus menewaskan pencalonan lain termasuklah Hero Idaman Malaya, Aaron Aziz. Zam sendiri pun tak sangka. Apapun, itu adalah rezeki yang memang tak diduga, kerana masing2 memiliki keistimewaan & mempunyai peminat yang tersendiri. Ikuti reaksi Zizan mengenai senario yang jarang berlaku ini menerusi artikel di Utusan Malaysia:

Sementara itu pelawak & pelakon Zizan Razak, 28 tidak menyangka dia menjadi pilihan peminat berbanding hero filem Ombak Rindu, Aaron Aziz untuk meraih gelaran anugerah Hero Terhebat.

"Terkejut dan rasa nak menangis. Terasa macam mimpi sahaja orang macam saya ini menjadi pilihan berbanding hero macho lain. Senario begini jarang berlaku dalam industri perfileman tanah air. Lagipun kita tak dapat menjangka selera peminat.

"Apapun saya bersyukur kerana orang ramai sudah nampak yang pelakon komedi pun sama penting dengan pelakon serius. Saya harap pada masa akan datang dunia komedi tempatan setanding dengan komedi di luar negara".


2 comments: