Masa lapang ni, Zam teringin nak join segmen2 blogwalking & tambah follower dari rakan2 blogger lain. Info tentang kesemua segmen tu Zam perolehi dari blogger ERAZ FADLI yang sememangnya rajin menyertai segmen2 tu hari ni. Tapi bila mengenangkan Zam ada beberapa hutang dengan segmen lain, Zam tangguhkan dulu sekejap niat tu. Bukan apa, rasa tak best pula bila nak join segmen baru tapi tanggungjawab untuk segmen lain sebelum ini belum dilaksana. Tambahan pula, dengan kelajuan broadband yang tak menentu ni~ kejap ok, kejap tidak.
Apepun insya Allah, petang2 sikit, baru Zam nak join. Sekarang ni pun, Zam baru lepas sambung blogwalking dari segmen LYSSA FAIZUREEN: KENAPA AKU BERBLOG..Ramai giler yang join! Jadi kenalah laksanakan peranan untuk menziarah kesemua blog. Zam ambil inisiatif untuk blogwalking sedikit demi sedikit, biarpun ambil masa, sehinggalah kesemua blog tu berjaya di ziarahi :)
Zam ada satu sebab kenapa Zam rasa BEST untuk blogwalking ni. Setiap kali ke blog lain, insya Allah Zam akan follow mereka, & perkara itu akan menjadi lebih menarik lagi bagi Zam jika Zam menjadi follower mereka mengikut angka kegemaran Zam, iaitu 84. Tak kisahlah jika angka beratus mahupun beribu, janji 2 angka dibelakangnya adalah 84, seperti contoh BLOG yang baru je Zam follow ni.
Bagaimana pula dengan perkara yang TAK BEST bila berblogwalking ni? Haa.. Mungkin ramai yang boleh mengagak apakah perkara yang bakal Zam sebutkan ni. Kepada blogger lain, harap korang tak terasa ye. Zam sebenarnya nak berkongsikan SATU TIPS PENTING sebelum korang join segmen tambah follower atau blogwalking ni.
Kebiasaannya, ramai blogger yang akan menyertai sesuatu segmen, & itu juga bermakna seorang peserta perlu melawat ke semua blog peserta lain yang menyertai segmen yang sama itu. Barulah adil, bukan? Sudah tentu, banyak masa yang diambil untuk blogwalking, & dalam masa yang sama 'memenatkan' blogger tersebut kan? Cuba bayangkan, apa perasaan seorang blogger apabila ingin meninggalkan komen, tetapi disekat terlebih dahulu dengan WORD VERIFICATION atau CAPTCHA, sedangkan banyak lagi blog yang perlu dilawat. Pasti blogger tersebur merasakan perkara itu melecehkan, memakan masa & memeningkan kepala (hehe). SARANAN Zam, ketika dalam tempoh segmen & blogwalking, blogger bolehlah buangkan dulu aplikasi word verification tu (kalau masih nak menggunakan aplikasi itu lagi di masa hadapan). Kesian kat blogger2 lain.. Kan? Zam tak kata mereka marah, malah Zam tahu rata2 blogger ni baik hati & tak sampai hati nak marah. Apa kata, untuk menghargai jasa baik & penat lelah mereka yang melawat ke blog korang ni, korang off kan dulu aplikasi tu, ok ;)
Sekian saja perkongsian Zam kali ni. Zam nak balik ke rumah dulu, & hari pun dah nak hujan.. Kalau boleh, tak mahu terperangkap dalam hujan ketika dalam perjalanan balik nanti. Kepada korang yang menyertai segmen blogwalking tu, bolehlah ambil tips Zam ni, supaya rakan2 yang lain boleh berblogwalking selaju2nya~
memang mengganggu..
ReplyDeletebetul2..
ReplyDeletehmm..setuju dgn pendapat x best nye bila BW tu..benda2 mcm tu kdg2 m'bantutkan semangat nak BW n meninggalkan komen..
ReplyDeletehehehe utk keselamatan tu kot haha
ReplyDeletesetujuuu!
ReplyDeletemase mula2 terjebak dlm dunia blogging, mmg saya ade psg WV tu. tp rase cam menyusahkan blogger yg lain utk tinggalkan komen, saya remove mendalah tu. hehehe
ReplyDeletetak suka word verification tue ... sy bkn robot, tapi sy ssh nk nmpk huruf2 yg tunggang langgang tue .. erkk
ReplyDeletebtl tu
ReplyDeletesetuju sgt2...en.zam,nk tnye camne nk buat link to the post?
ReplyDeletebaca ni jugak...
http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/seseorang-perlu-cakapkan.html
yeah .. betul .. tp sekarang tak dpt nk bw blog kwan2 sebab tengah exam .. sedih .. online pun kejap jer :(
ReplyDeleteTapi ade sesetengah yang baru jadi blogger tak tau pasal WV tu, sy dulu byk tengok tutorial, pastu dah tak pakai pun, mmg mnyusahkan..
ReplyDeletebw best...komen entri pon best...dpt kenal2 blogger lain...
ReplyDeleteSalam semua~ thanks utk komen2 korang ;) Nampaknya mmg ramai yang dh merungut ni.. Hmm.. Pada blogger baru, mgkn mereka tak perasan ttg tu.. Takpelah, slow2 tukar.. Mmg betul juga utk kslmtn, kpntgnnya mmg tak dpt dinafikan..
ReplyDeleteAppn, mmg best melontarkan pendapat kita kat ruangan komen rkn2 blogger, kan? ;)